“Beli Rumah Letak Nama Bersama, Bulanan Saya Bayar Seorang, Kini Kami Dah Bercerai.” Peguam Hartanah Jelaskan Caranya

“Beli Rumah Letak Nama Bersama, Bulanan Saya Bayar Seorang, Kini Kami Dah Bercerai.” Peguam Hartanah Jelaskan Caranya | Sudah pasti ramai diluar sana mengalami masalah pembahagian harta apabila perkahwinan yang dibina itu berakhir tetapi aset yang dimiliki dinamakan bersama.

Sudah pasti jika ianya dibiayai bersama-sama memerlukan pembahgian secara adil, tetapi bagaimana pula jika hanya satu pihak sahaja membayar harta tersebut terutamanya bekas isteri. adakah dia layak untuk memiliki harta berkenaan seorang kerana hanya dia yang membayar secara bulanan atas pinjaman yang dilakukan.

Oleh itu, seorang peguam yang merupakan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Tuan Salkukhairi Abd Sukor telah tampil mengupas dan memberikan penyelesaian tentang perkara ini.

beli rumah

BACA JUGA :: Nak Beli Rumah Letak Nama Seorang Atau Bersama Pasangan, Ini Pro & Kontra Kena Tahu!

Jom kita baca penyelesaianya yang mereka yang terjadi kes sebegini boleh ikut.

KES TERLEBIH SAYANG SUAMI

Saya biasa diajukan soalan seperti berikut:

“Masa saya beli rumah ni, letak dua nama dalam geran, nama saya dan suami. Tapi loan saya bayar sorang-sorang, potong gaji bulan bulan.”

“Sekarang saya dan suami dah tak tinggal serumah lagi. Ada cara tak untuk tukar nama rumah ni pada nama saya seorang sahaja.?”

Suami pun kata nak tuntut hak pada rumah tersebut sebab katanya nama dia ada dalam geran. Macam mana ya tuan, apakah cara untuk selesaikan masalah saya ini?”

Isu ini saya kategorikan sebagai “Kes terlebih sayang suami”.

Sebenarnya, ada jalan penyelesaiannya dari segi perundangan. Nak tahu tak macam mana jalan penyelesaiannya jika berhadapan dengan masalah di atas?

Jika anda mengalami situasi beli rumah letak nama bersama seperti di atas apa yang anda patut lakukan adalah:

1. Jika anda telah bercerai, melalui peguam syarie yang dilantik, anda boleh failkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk satu perintah pengesahan harta sepencarian.

Anda hendaklah mengemukakan bukti-bukti di Mahkamah Syariah bahawa rumah tersebut di biayai oleh anda seorang tanpa penglibatan sumbangan daripada suami.

2. Anda juga boleh memohon satu perintah agar bahagian suami yang ada di dalam geran tersebut di pindahmilikkan kepada anda dan satu perintah untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menandatangani Borang Pindahmilik untuk memindahmilikkan bahagian suami tersebut kepada anda.

3. Sekiranya rumah tersebut telah habis pembiayaan dengan bank, dengan perintah Mahkamah Syariah tersebut mereka boleh terus menandatangani Borang Pindah milik itu untuk memindahmilikkan bahagian suami tersebut kepada anda. Dan borang pindahmilik tersebut bolehlah selepas pembayaran duti stem pindahmilik dibuat, terus didaftarkan di Pejabat Tanah yang berkenaan.

4. Jika rumah tersebut masih belum habis pembiayaan dengan bank, dengan perintah daripada Mahkamah Syariah tersebut anda boleh memohon daripada bank untuk “meminjam sementara” geran asal untuk membolehkan pindah milik dibuat kepada nama anda.

Dan geran asal beli rumah tersebut hendaklah dikembalikan semula kepada bank setelah pindah milik kepada nama anda seorang didaftarkan dalam geran tersebut.

5. Kini jadilah rumah tersebut milik anda seorang sahaja tak payah pening kepala nak beli rumah yang lain.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × 5 =