Home All Pengetahuan Am Cara Mudah Baiki Leher Baju T Yang Mengembang, Tip Daripada Pakar Dobi.

Cara Mudah Baiki Leher Baju T Yang Mengembang, Tip Daripada Pakar Dobi.

2019
1
leher baju

Cara Baiki Leher Baju T Yang Mengembang, Tip Daripada Pakar Dobi  | Baju T memang baju kegemaran ramai. Tapi satu masalah yang biasa bila kerap mengenakan baju T ini adalah bahagian lehernya mengembang menyebabkan baju nampak seperti sudahlama walaupun sebenarnya masih baru.

Kalau dah leher mengembang, alamatnya pakai di rumah sajalah walaupun baru beli pada harga yang mahal. Sebabnya baju T begini akan buat kita kelihatan tak kemas. Paling tidak pun kita simpan saja dalam almari dan rasanya di rumah kita pun ada banyak baju T dengan masalah ini kan.

Tapi daripada simpan apa kata cuba pulihkan leher baju T yang mengembang ini ikut cara pakar dobi Nexcy daripada Jepun. Dia turut berkongsi tip untuk kekalkan bentuk leher baju T.

Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya. Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.

Cara untuk membaiki leher baju T yang mengembang

Sediakan:

  1. Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
  2. Seterika
  3. Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.

Langkah 1

Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.

leher baju

leher bajuLangkah 2

Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.

leher baju

Langkah 3

Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).

leher bajuLangkah 4

Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T

leher baju

Langkah 5

Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.

leher baju

Siap

Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!

leher bajuleher bajuleher baju

Sumber:Teeper

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here