Hanya Amalkan IF, Lelaki Ini Berjaya Turun Dari 124kg Hingga 77kg!

Hanya Amalkan IF, Lelaki Ini Berjaya Turun Dari 124kg Hingga 77kg! | Seakan satu kepuasan apabila setelah 28 tahun barulah dapat merasa BMI normal seperti orang lain. Dari 124kg hingga 77kg, lelaki ini berjaya turunkan sebanyak 47kg dengan hanya mengamalkan Intermittent Fasting (IF) bermula 1 September 2019 sehingga ke hari ini.

Menurut Ahmad Firdaus, dia menggamalkan “one-meal-a-day” atau OMAD serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sekiranya dia tidak larat, barulah dia akan membuat 16:8. Dia akan memastikan dirinya berpuasa 16jam dan lebih.

“Ada orang makan tapi tidak mengamalkan workout. Ada orang pula tidak jaga makan tetapi workout. Bagi saya dua-dua tu penting namun yang lebih penting adalah jaga makanan. Semua saya buat, maksud saya IF ni. 16:8, 18:6, 20:4 dan OMAD.

Jika ditanya apakah yang paling kerap saya buat, saya akan cakap OMAD. Namun sekiranya saya benar-benar tidak larat, saya akan pastikan saya berpuasa lebih dari 16 jam.

BACA JUGA :: Ini Sebab Korang Kena Pilih Intermittent Fasting Untuk Menurunkan Berat Badan

IF

Sekiranya saya makan tidak mengikut seperti yang dijadualkan saya akan ‘menghukum’ diri saya dengan mengamalkan OMAD keesokan harinya.” Katanya .

Apabila ditanya apakah dirinya turut bersenam dia menjawab ya! Dia akan lakukan senaman seperti Push Up, Plank dan Leg Raise setiap hari tanpa rasa gagal. Malah, dia juga memberitahu setiap hari dirinya akan jogging seminggu dua tiga kali.

Katanya dia sedar orang berbadan besar ini sering dihinggap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan lebih teruk adalah sakit jantung. Jadi kerana itu timbulnya kesedaran untuk turunkan berat badan.

Menurutnya dia menghadapi masalah obesiti sejak kecil lagi, namun dia kuatkan semangat dan teruskan mengamalkan IF ini. Dia akan pastikan dia tidak mengambil lebih 1500kalori dalam masa sehari.IF

“Antara sebab saya mahu kurus adalah orang gemuk mudah kena penyakit, lebih lagi 3 penyakit serangkai (Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Jantung), malah lebih tragis orang gemuk susah cari saiz bila nak cari pakaian. Saya nak “grow old” dengan keadaan sihat tubuh badan.

“Malah, Saya merupakan seorang bapak dan mempunyai seorang anak, saya jadikannya inspirasi buat saya mahu “fit” untuk jaga keluarga saya. Saya hendak menjadi inspirasi kepada orang ramai bahawa nak turun berat badan ada harapan.

“Sebenarnya saya mendapat insiprasi dan semua ini kerana saya sering lihat update-update Azril Nizam Jamaludin. Abang ini sering post di group IF dan selalu dan sering membari tip bagaimana untuk kurusn dan turunkan berat badan.

“Malah, abang itu juga rajin berkongsi beberapa tip tentang pemakanan malah turut recommend makanan macam mana terbaik untuk orang ‘seperti kita’. Abang tu agak berumur dan orang sering panggilnya dengan gelaran ‘pokcik’. Sungguhpun begitu, dirinya sentiasa fit. Jadi di situlah saya terfikir, jika dia boleh lakukan kenapa saya yang muda ni tidak boleh lakukan” Katanya lagi.

Dia sempat memberi beberapa tip kepada orang ramai dan antaranya adalah orang ramai perlu mengawal pemakanan dan dia menasihati ‘tolaklah gula’ ketika makan.

“Segala jenis gula memang cut kecuali stevia tapi itu pun sekali sekala. Pagi makan thosai dan tengah hari makan pesto pasta. Kalau snacking minum juice dari juiceworks or boost. Malam memang tak makan sebab feeding period 8am – 4pm.” Tulisnya di Facebook.

BACA JUGA :: Pakar Diet Dedah Diet Atkins Tidak Sihat & Berbahaya, Ini Sebabnya..

Ini adalah antara menu yang sering di amalkan sepanjang mengamalkan IF

Menu 1:
Nasi Perang
Ayam Dada grill
Lemon juice tanpa gula

Menu 2:
Chapati
Ayam Tandoori Bahagian Dada
Lemon Juice Tanpa Gula

Menu 3:
Whole wheat pasta aglio olio
Lemon Juice tanpa gula

Menu 4:
Whole wheat pesto pasta
Lemon Juice tanpa gula

Favourite kedai saya yang sihat

  1. The Humble Food
  2. Naan Lounge
  3. Kenny Rogers

Orang ramai boleh ikuti weight lost journey Fierdaus Fourheart di Facebook atau Instagramnya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × 5 =