Pertama Kali Nak Pasang Vinyl Flooring Dekat Rumah? 9 Tip Penting Ni Kena Tahu.

Pertama Kali Nak Pasang Vinyl Flooring Dekat Rumah? 9 Tip Penting Ni Kena Tahu. | Pemasangan vinyl di lantai kediaman mahupun ruang pejabat adalah satu pilihan bahan dekorasi menarik yang sering digunakan kini.

Ia berikutan rekaannya yang kemas, mudah dipasang, harga mampu milik, senang diselenggara, banyak pilihan dan bermacam-macam lagi.

Namun begitu, ada beberapa ‘syarat’ dan tip yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum kita buat keputusan untuk memasangnya di lantai rumah kita.

Ikuti perkongsian oleh Awisqarni Zulkiflee di group Facebook Tukang Apa Hari Ini di bawah ini.

Kredit gambar: Awisqarni Zulkiflee/Twitter

Sejak beberapa hari ni banyak isu mengenai vinyl flooring.

Di sini saya nak berikan beberapa tips asas pemasangan vinyl flooring/vinyl glue.

1- Saya cadangkan pakai acrylic glue. Ikut pengalaman saya yang tak seberapa ni, gam yang baik atas saranan pengeluar vinyl lebih tahan dan tidak memudaratkan kesihatan.

Saya pernah berjumpa seorang ‘sifu’ Cina boleh dikatakan otai dalam industri pemasangan lantai vinyl dan seumpama dengannya.

Katanya, sayangi otak. Jangan pakai gam contact glue/Dunlop. Sifu tu dah pun kena stroke disebabkan selalu terdedah dengan menghidu contact glue. Kalau tanya saya seribu kali pun, saya akan jawab “Tidak untuk contact glue. Saya sayang kesihatan saya.”

2- Buka sedikit hujung kotak vinyl sebelum 48 jam masa pemasangan. Bagi menyesuaikan suhu keadaan bilik dengan vinyl. Ini akan membantu sedikit sebanyak masalah shrinking atau vinyl mengecut kelak.

3- Gunakan trowel bergigi 2 milimeter untuk menyapu gam. Bagi memastikan semua permukaan gam lekat sempurna. Biarkan glue 2/3 kering dan cara yang paling mudah untuk tahu vinyl sedia dipasang adalah dengan menyentuh dengan jari, gam tidak melekit dan seakan-akan kering.

4- Pastikan lantai simen betul-betul kering dan tanpa habuk sebelum pemasangan. Jangan malas. Vakum dulu sebelum menyapu gam. Nak tahu macam mana simen tu betul-betul kering?

Ambil cawan kaca dan telungkupkan atas lantai. Biarkan 48 jam. Kalau wap terlalu banyak berkumpul maknanya lantai masih belum betul-betul kering (ada cara dan teknik untuk pemasangan dengan lantai sebegini).

5- Lantai yang tidak rata dan ponding juga antara penyebab pemasangan vinyl bermasalah. Buat self levelling menggunakan levelling compound. Yang ini agak teknikal dan costing tapi berbaloi.

6- Dapatkan vinyl flooring yang berkualiti. Study dulu jenama vinyl yang betul-betul ‘boleh pakai’. Penjual akan cakap “Jenis ni memang tahannn,”. Semua indah. Tapi jangan pula harapkan harga yang murah itu tahan seperti yang didambakan.

Vinyl flooring yang masuk Malaysia ada macam-macam kualiti. Kualiti ‘sampah’ pun banyak dalam pasaran. Sayangi duit anda. Upgrade lantai ini bukan kecil-kecil modal. Investment tu sebenarnya. Pastikan ianya berbaloi. Mahal sikit takpa. Asalkan puas hati.

vinyl flooring
Kredit gambar: Awisqarni Zulkiflee/Twitter

7- Tanggalkan lebihan gam pada vinyl menggunakan kain lembab. Jika gam terlalu degil untuk tanggal, boleh gunakan turpentin/minyak tanah untuk hilangkan kesan gam. Jangan sesekali gunakan thinner!

8- Harus diingat! Vinyl adalah floor covering! Jangka hayat vinyl sekitar lima ke 10 tahun bergantung pada iklim dan cara maintenance.

9- Meskipun vinyl waterproof, elakkan membasuh atau mencuci dengan menggunakan air yang terlalu banyak. Memadai dengan mengemop lembab menggunakan detergen pencuci lantai mild. Jangan gunakan pencuci lantai yang kandungan asidnya tinggi. Ini akan menghakis permukaan coating vinyl.

Semoga perkongsian berkaitan vinyl flooring ini bermanfaat untuk anda semua.

vinyl flooring

BACA JUGA :: Pasangan Ini Berkongsi Cara Memasang Lantai Vinyl Sendiri Di Rumah, Mudah & Jimat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 − six =