Home All Pengetahuan Am Doktor Ini Saran Ajar Anak Makan Kacang Botol, Nampak Cikai Tapi Tinggi...

Doktor Ini Saran Ajar Anak Makan Kacang Botol, Nampak Cikai Tapi Tinggi Vitamin C.

8341
3
kacang botol

Doktor Ini Saran Ajar Anak Makan Kacang Botol, Nampak Cikai Tapi Tinggi Vitamin C. | Kacang botol merupakan salah satu ulam yang popular dalam juadah masyarakat Melayu kerana bukan sahaja digemari ramai malah mudah ditanam walaupun tidak dibaja. Rasanya yang rangup dan tidak keras paling enak dimakan ketika masih muda.

Sama ada makan secara mentah dicicah bersama sambal belacan, ditumis, dibuat kerabu atau masak lemak rasanya tetap sedap. Namun, selepas anda membaca perkongsian daripada doktor ini, mungkin kacang botol akan menjadi juadah yang selalu dimasak di rumah.

Manakan tidak, kira-kira 18.3 mg Vitamin C yang terdapat dalam 100 gram kacang botol mampu mencantikkan kulit dan menguatkan sistem imun badan. Murah tapi sangat berkhasiat !

Ajar Anak Kita Makan Kacang Botol Ni

makan kacang botol

Nampak je cikai, hodoh dan murahan tapi khasiat kacang botol ataupun nama saintifiknya Psophocarpus Tetragonolobus sangat banyak! Sangat tinggi Vitamin C. Kira-kira 18.3 mg Vitamin C dalam 100 gram kacang botol ni. Nak anak kita kulit cantik ke sistem imun yang kuat ke boleh la bagi anak kita makan kacang botol ni.

Protein 100 gram kacang ni pun melebihi protein yang ada di dalam 100 gram soya! Lagi berkhasiat kalau dicicah dengan budu. Sedap pun dapat, khasiat prebiotik untuk kesihatan usus anak kita pun dapat!

Siapa kata semua makanan murah tak berkhasiat? Jom ajak yang lain borong kacang botol ni untuk buat juadah buka puasa dan sahur. Rebus ke makan mentah ke tak kisah, asal makan je.

Psst..tak ramai tahu pasal khasiat kacang botol ni tau. Sebarkan pada yang belum tahu ye.

Kami kongsikan sekali 3 resipi mudah untuk mudahkan anda makan kacang botol selain dari dibuat ulam. Selamat mencuba !

Kacang Botol Tumis Belacan

makan kacang botol

Bahan-bahan diperlukan:

  • 20 tangkai kacang botol – dihiris 1 inci panjang
  • 5 biji bawang merah – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 7 biji cili merah – dikisar
  • 1.5 inci belacan (kurang/ lebih ikut citarasa) – dikisar
  • Sedikit udang kering – dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara menyediakan dan memasak :

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi.
  2. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan kacang botol dan garam. Gaul sebati. Dah okey, boleh padamkan api.
  4. Sedia dihidangkan. *Jangan masak kacang botol terlalu lama, nanti lembik.

Lemak Cili Api Udang Bersama Kacang Botol

makan kacang botol

Bahan-bahan diperlukan :

  • 2 ikat kacang botol – dipotong serong2
  • 15 ekor udang sedang
  • 1 biji kelapa – diambil santannya
  • 2 biji bawang besar ]*
  • cili padi – RM1.00 ]* – ketiga-tiga bahan * diblend
  • kunyit hidup ]*
  • Sehelai daun kunyit – dicarik-carik
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak :

  1. Masukkan bawang besar, cili padi dan kunyit hidup yang telah diblend ke dalam santan. Nyalakan api dapur.
  2. Kemudian masukkan udang biarkan mendidih seketika tapi hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berkepala, perasakan garam dan gulanya.
  3. Akhir sekali masukkan kacang botol yang telah dipotong tadi, kacau sebentar lebih kurang 5 minit dan bolehlah dipadamkan apinya. * Jangan lama sangat nanti kacang botol tu jadi lembik tak sedap makan kacang botol yang lembik sangat.

Kerabu Kacang botol
makan kacang botol

Bahan-Bahan:

  • 20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 labu bawang besar [hiriskan]
  • 5 biji limau kasturi [ambil jus]
  • garam
  • gula

Bahan Mesin:

  • 5 tangkai cili merah /cili padi
  • sedikit belacan di bakar
  • sebiji mangga sedang2 masak di hiris
  • 1 s/b udang kering

Cara Penyediaan

  1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali.
  2. Kacau sehingga agak kering.
  3. Tutup api. Masukkan semua bahan kacang botol, gula dan jus asam limau. Kacau rata.

Sumber : Taufiq Razif

Jika anda suka dengan artikel khasiat makan kacang botol ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here