6 Manfaat Epal Hijau Selain Untuk Turunkan Berat Badan! No.5 Mesti Jarang Dengar

Adakah anda gemar makan epal hijau? kalau seseorang yang sukakan rasa masam pasti anda akan memilih buah epal hijau ini. Boleh dikatakan buah epal hijau menjadi buah kesukaan para wanita kerana dapat menurunkan berat badan dengan cara yang baik.

Epal hijau ini mempunyai lemak yang rendah tetapi mempunyai kandungan yang serat yang sangat tinggi. Tambahan pula, epal ini membantu secara langsung untuk anda rasa kenyang dengan cepat. Jika nak tahu lebih lanjut tentang khasiat ini, jom kita ikuti penjelasan Dr Zubaidi dalam perkongsiannya di laman Facebook tentang manfaat epal hijau.

Menurut Dr Zubaidi, mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.epal hijau

Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Paling menarik lagi untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksik dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Untuk pengetahuan anda, zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.

Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :

  1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit ja4ntung.
  2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.
  3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.
  4. Mengekalkan berat badan.
  5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.
  6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.

Lepas ini, mudahlah untuk sesiapa yang mahu turunkan berat badan dengan cara yang sihat cuma dapatkan epal sebanyak yang boleh untuk di makan setiap hari. Walaupun harganya agak mahal tetapi kesan untuk kesihatan kita sangat berbaloi.

Namun jika di fikirkan tentang manfaat nya sebenarnya buah ini jauh lebih murah berbanding buahan lain. Rasanya semasa kita kecil buah ini lah yang selalu dibeli oleh ibu bapa kita kerana harga mampu beli dan jumlahnya banyak dalam satu bungkusan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Dr Zubaidi

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eighteen + 2 =