Inilah 5 Khasiat Daun Dan Buah Belimbing Besi, Yang Suka Cicah Tu Mesti Terliur Tengok

Teliurnya tengok buah belimbing besi ni kan? Apa lagi makan dengan cicah macam tu. Belimbing ni ianya tak semasam belimbing buluh. Yang dah masak tu lagi sedap.

Banyak je di kedai orang jual. Tapi tahukah anda buah ni banyak manfaat kepada kesihatan kita. Bukan setakat buahnya je banyak khasiat, daun buah ni pun orang-orang tua dahulu banyak gunakan untuk perubatan secara tradisional.

5 Khasiat Daun Dan Buah Belimbing Besi

1. Pucuk dan daunnya yang ditumbuk atau dikisar sehingga hancur boleh digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan cacar.

2. Menghilangkan Sakit Kepala
Orang dulu-dulu menghilangkan sakit kepala dengan meramas beberapa helai daun belimbing besi hingga hancur dan kemudian ditampalkan ke dahi.

buah belimbing, khasiat buah belimbing besi, manfaat buah belimbing besi, petua buah belimbing besi, cara makan buah belimbing besi, buat jus buah belimbing besi

Menurut pesanan orang lama, kalau kita makan buah belimbing jangan sekali-kali makan gula pasir ataupun minum air sirap. Dikatakan memakan kedua-duanya pada masa yang sama boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

3. Menyembuhkan Demam Panas
Daun belimbing besi yang kering pula boleh digunakan untuk meredakan dan menyembuhkan demam panas.

4. Merawat Sakit Muntah-Muntah
Kalau ada yang tetiba diserang muntah-muntah berpanjangan. Dah makan ubat doktor tapi masih tak lega, ada petua tradisional yang boleh membantu. Caranya ialah dengan minum air rebusan daun dan buah belimbing.

5. Merawat Sakit Buah Pinggang
Bagi yang mengalami sakit pundi kencing, orang tua-tua dulu akan nasihatkan untuk selalu amal memakan buah belimbing besi

Mesti ramai nak tahu selain dari makan macam tu sahaja atau buat cicah, ada cara lain tak untuk menikmati buah belimbing besi ni? Jadi boleh tonton video di bawah:

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × four =