Kaedah Wudhu’ Dengan Khuf Ketika Travel

Artikel ini dikongsikan oleh Haiqal Zafri berkenaan kaedah berwudhuk ketika travel. Ditulis ketika dalam train perjalanan dari Suwon ke Seoul, Korea.

Memandangkan hari ini duduk lama dalam train, saya nak share sikit tentang kaedah berwudhu’ dengan khuf.

Khuf ialah alas kaki daripada kulit yang menutup buku lali. Saya cenderung kepada pendapat yang membenarkan stokin tebal dijadikan sebagai khuf.

Kaedahnya mudah, iaitu:

1) Ambil wudhu’ dengan sempurna.
2) Memakai khuf yang menutup buku lali.

Andai kita berhadas, mudah untuk kita mengambil wudhu’, terutamanya jika kita berada di negara non-muslim yang tiada kemudahan surau atau masjid. Basuh anggota lain seperti biasa, dan apabila tiba di bahagian kaki, ambil air dan sapukan di atas permukaan kaki sehingga ke tulang kering, kanan dan kiri.

Bagi yang bermukim, fiqh khuf boleh dipakai 1 hari 1 malam. Bagi mereka yang dalam safar(travel), ia boleh dipakai 3 hari 3 malam bermula dari sapuan pertama. Boleh berwuhdu tanpa mencuci kaki selagi:

1) Belum berakhir waktu menyapu khuf.
2) Tidak berjunub.
3) Tidak menanggalkan khuf dari kaki.

Jadi, kita tak perlu nak ‘cover line’ kiri kanan lepas tu bersusah payah angkat kaki ke singki untuk cuci kaki. Cukup sekadar sapuan sudah membolehkan kita solat.

Semoga bermanfaat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment