Bahaya Tidur Ketika Pesawat Berlepas dan Mendarat

Jika menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara, kebanyakkan orang biasanya memilih untuk menghabiskan masa perjalanan mereka yang bosan dengan tidur. Namun, terdapat beberapa kesalahan yang sering berlaku kesan daripada tidur di dalam pesawat.

Salah satunya adalah jika anda tidur sewaktu pesawat belum berlepas dan ketika pesawat sedang berlepas itu boleh menyebabkan kerosakkan yang serius pada gegendang telinga.

Ini kerana jika tidur, anda tidak boleh menutup telinga dan telinga yang tidak bertutup ketika pesawat sedang berlepas boleh mendapat bahaya. Ini disebabkan oleh, ketika pesawat berlepas atau mendarat, tekanan udara di dalam kabin pesawat akan berubah dengan cepat.

BACA JUGA: 6 Jenis Makanan Yang Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan

Jika anda tidak bersedia dengan perubahan tekanan itu, ‘Eustachian tube’ yang berfungsi untuk menyamakan tekanan udara di bahagian telinga akan terdedah kepada kerosakkan.bahaya tidur semasa pesawat berlepas, bahaya tidur semasa pesawat mendarat, bahaya pesawat berlepas, bahaya pesawat mendarat, kedudukan betul ketika pesawat berlepas atau mendarat

Ahli Farmasi British, Angela Chalmers memberitahu Express, “Perubahan ketinggian yang cepat mempengaruhi tekanan udara di telinga. Ini akan menyebabkan vakum di ‘Eustachian tube’ membuatkan telinga terasa seperti tersumbat dan kurang.”

Angela juga menyarankan pengguna pesawat supaya tidak tidur ketika pesawat berlepas dan mendarat. Dan, anda boleh mengurangkan rasa telinga tersumbat itu dengan menguap, atau mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah, meminum air, atau meniup hidung sambil menutup kedua telinga.

Selain itu, menurut laman MedlinePlus telinga yang tersumbat boleh menyebabkan terjadinya beberapa masalah kesihatan yang lain. Bermula dengan pening, jangkitan telinga, kerosakkan gegendang telinga, dan yang paling teruk adalah hidung berdarah dan hilang pendengaran.

BACA JUGA: Pemandu Manual Jangan Buat Seperti Ini Ketika Memandu

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment