Apa Nak Buat Sekiranya Tertelan Chewing Gum?

Sebenarnya umum mengetahui bahawa chewing gum atau di Malaysia lebih terkenal dipanggil sebagai gula getah sebenarnya dibuat bukanlah untuk dimakan tetapi untuk dikunyah beberapa ketika dan dibuang kembali tanpa menelannya.

Di Malaysia gula getah mendapat tempat oleh kebanyakkan orang tidak kira dari kalangan kanak-kanak sehingga orang dewasa. Tetapi pernahkan anda terfikir apakah akan berlaku sekiranya tertelan gula – gula getah tersebut?

Ramai berpendapat bahawa tertelan gula getah adalah merbahaya kerana gula getah yang ditelan tidak dapat dihadam dengan baik oleh tubuh manusia dan tetap ada dalam tubuh badan manusia untuk tempoh yang sangat lama.

bahaya chewing gum, tertelan chewing gum, apa nak buat tertelan chewing gum, gula-gula getah, tertelan gula-gula getah

Pendapat itu salah dan disangkal oleh seorang pakar perubatan NYU Longone Medical Cetre, Dr Lisa Ganjhu berkata, usus manusia cukup kuat untuk mencerna gula-gula getah. Gula-gula getah yang ditelan secara sengaja atau tidak sengaja hanya tidak dapat dicerna dengan sempurna dan ianya boleh dibuang menerusi najis manusia. Ianya tidak membahayakan dan tidak akan bertindak balas dengan tubuh badan manusia.

BACA JUGA: 9 Tanda Hati Anda Sudah Rosak Atau Sakit

Selain itu, Dr Lisa Ganjhu menjelaskan bahawa gula – gula getah tidak akan merosakkan atau membunuh anda, tetapi ia sangat tidak logik untuk menelannya dengan sengaja. Walaubagaimanapun mengunyah gula – gula getah dalam gumpalan besar boleh membuatkan anda tercekik sekiranya tertelan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × two =