Inilah 5 Cara Membuat Krim Pemutih Wajah Herbal

Wajah yang putih bersih menjadi dambaan setiap wanita. Kerana penampilan yang utama dan kesan yang pertama dilihat dari wajah. Berbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit yang putih sihat, mulai dari menggunakan krim wajah sampai perawatan di klinik kecantikan. Hasilnya kulit idaman pun boleh dimilki dengan mudah dan tentunya tidak murah.

Jadinya  di era sekarang, bagaimana anda yang memiliki ekonomi kelas pertengahan dan kebawah boleh memiliki kulit yang putih dan bersih? Apakah kulit putih hanya boleh dimiliki mereka yang punyai budget untuk perawatan wajah? Jawapannya adalah tidak. Anda boleh membuat sendiri krim wajah dengan bahan-bahan herbal yang mudah didapati dan terjangkau harganya. Berikut adalah cara membuat krim pemutih wajah herbal yang boleh anda cuba :

  1. Putih telur dan Lemon

Putih telur memiliki banyak sekali manfaat untuk kulit wajah anda, diantaranya menegangkan kulit wajah, mengangkat serimuka,dan mengecilkan pori. Bila disatukan dengan jus lemon yang mengandung vitamin C, selain boleh memutihkan juga menghilangkan bau dari putih telur ketika digunakan.

Cara membuat dan pemakaiannya:

  • Campurkan jus lemon dengan putih telur
  • Gunakan sebagai masker
  • Biarkan selama 15 minit kemudian bilaskrim pemutih wajah, buat sendiri krim pemutih wajah, DIY krim muka, krim muka, homemade krim muka

 

  1. Sengkuang

Buah yang satu ini terkenal sebagai pemutih kulit dan banyak digunakan sebagai bahan berbagai produk kecantikan. Kandungan antioksidannya membantu menangkal radikal bebas pada kulit.

Cara membuat dan pemakaiannya:

  • Parut sengkuang secukupnya dan tambahkan sedikit air
  • Gunakan sebagai masker selama 20 minit
  • Bilas dengan air suam

Pakailah secara rutin untuk hasil maksima

  1. Limau nipis dan madu

Cara membuat krim pemutih wajah herbal dari limau nipis dan madu tidaklah sukar. Bila kedua bahan ini disatukan selain boleh menghilangkan jerawat diwajah juga menutrisi kulit, menegangkan, dan mencerahkan kulit tentunya.

Cara membuat dan pemakaiannya:

  • Campur 2 sdm jus limau nipis dengan 1.5 sdm madu
  • Aplikasikan ke wajah, biarkan selama 25 minit
  • Bilas dengan air suam
  • Pakai secara rutin setiap malam
  1. Madu dan Kopi

Madu mengandungi fruktosa yang mampu memutihkan kulit wajah bila dipadukan dengan kopi yang kaya dengan antioksidan. Setelah memakai krim dari bahan ini anda akan mendapatkan kulit cerah, kencang, dan kenyal.

Cara membuat dan pemakaiannya:

  • Campurkan 2sdm madu dan 4sdm kopi, aduk merata hingga berbentuk gel
  • Gunakan sebagai masker, biarkan selama 15 minit
  • Bilas dengan air suam
  • Lakukan secara rutin 2 kali sehari untuk hasil maksima
  1. Tepung beras

Tepung beras yang biasanya hanya dijadikan bahan pembuat makanan ternyata  boleh menjadi salah satu cream pemutih wajah herbal, yang membantu mengangkat keluar sel kulit mati. Jika dipadukan dengan susu, dijamin wajah jadi putih lembab dan sihat.

Cara membuat dan pemakaiannya:

  • Haluskan kembali tepung beras sampai sehalus mungkin
  • Campurkan dengan susu cair
  • Oleskan ke wajah, biarkan selama 20 minit
  • Bilas, dan gunakan rutin setiap hari

Cream pemutih wajah herbal di atas boleh diterapkan pada semua jenis kulit. Selamat mencuba

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment