Berenang Atau Berlari? Mana Satu Yang Lebih Banyak Bakar Kalori?

Siapa yang tak mahu tubuh yang sihat, segar dan fit bukan? Pucuk pangkalnya mahu ‘bergerak’ atau tidak sahaja.

Mungkin bagi mereka yang gemar beriadah mereka mahu memilih aktiviti apakah yang paling optimum untuk membakar kalori mereka. Yalah, kata orang alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Antara berlari dan juga berenang, aktiviti mana yang paling banyak membakar lelemak dan juga kalori? Bagi mereka yang ‘gila’ bersukan, pastinya jawapannya kedua sukan ini menjadi pilihan utama.

Namun, jika anda mahu memilih salah satunya kerana pelbagai faktor seperti kekangan masa dan juga tempat, ini pula jawapannya:berenang vs berlari, senaman berenang, senaman berlari, latihan berenang, latihan berlari, sukan berlari, sukan berenang

Berlari

Selain berjalan kaki, berlari merupakan satu bentuk olahraga yang paling mudah dilakukan. Ia membantu meningkatkan kekuatan dan juga otot pada bahagian bawah tubuh. Aktiviti berlari yang dilakukan selama 30 minit akan membakar kalori sebanyak 350 kalori.

Berenang

Renang pula merupakan olahraga yang menyihatkan keseluruhan tubuh badan. Ini kerana kesemua otot digerakkan ketika anda berenang. Paling best, berenang selama 30 minit mampu membakar 400 kalori.

Oleh itu, jika anda ingin memilih antara keduanya ini, berenanglah aktiviti yang mampu membakar lebih banyak kalori, juga membuatkan anda berasa lebih segar.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment