Senaman Intensif Cerdaskan Otak Kanak-kanak

Kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Auckland, New Zealand mendapati, senaman intensif mampu meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak.

Senaman intensif biarpun dibuat dalam tempoh singkat nyata menjadikan otak kanak-kanak lebih cerdas dan mampu fokus lebih baik.

Ketua penyelidik, Dr. David Moreau berkata, senaman intensif biarpun sekejap ternyata mampu meningkatkan tahap kognitif kanak-kanak berbanding senaman biasa yang dibuat dalam tempoh yang panjang.

senaman untuk kanak-kanak, senaman intensif, senaman cergaskan otak, cergaskan otak kanak-kanak, petua cergaskan otak

“Senaman intensif mampu meningkatkan daya pemahaman dan kemahiran intelektual kanak-kanak.

“Oleh itu, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak supaya kerap bermain di luar dan bukan hanya duduk di hadapan komputer atau permainan video,” ujarnya.

Semoga memberi manfaat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment