Jus Pegaga & Epal Hijau Rahsia Awet Muda Kesihatan Luar Dalam Wanita Sejati.. - Petua Ibu

Jus Pegaga & Epal Hijau Rahsia Awet Muda Kesihatan Luar Dalam Wanita Sejati..

Banyak betul rupanya khasiat daun pegaga ni, bukan saja daun, akar, tangkai bunganya juga boleh digunakan. Patut la ia merupakan salah satu ulaman kesukaan dari zaman tok nenek kita lagi.

Daun Pegaga kalau bahasa sainsnya “Centella Herbs” yang dalam perubatan tradisional juga dikaitkan dengan agen anti alergi, anti kanser, pelawas buang air kecil, penyejuk badan, batu karang, kudis, siflis,kusta dan banyak lagi.

Kajian klinikal dan saintifik masih diperkukuhkan mengenai khasiat pegaga dalam perubatan, dimana pegaga dapat mengurangkan tekananan darah tinggi, mencegah nyanyuk, MELAMBATKAN PROSES PENUAAN dan menolong badan dari bahan TOKSID.

jus pegaga

  • Melancarkan aliran darah terutama yang ada masalah haid.
  • Merawat masalah keputihan dan gatal gatal.
  • Baik untuk kulit dah juga peningkat saya ingatan.
  • Ia juga bagus untuk menurunkan berat badan.
  • Bagi wanita baru bersalin juga bagus untuk memperbanyakkan air susu.
  • Orang Thailand juga percaya daun pegaga bagus untuk otak bayi.

Resepi Jus Pegaga & Epal Hijau

Mula-mula dulu memang rasa takut nak cuba minum jus pegaga sebab terbayang jus berwarna hijau yang penuh rasa payau.

Tapi, belum cuba belum tahu, rupa-rupanya jus pegaga ni memang sedap di minum. Rasanya macam rasa air tebu sikit-sikit. Bukanlah rasa tebu 100%, tetapi ala-ala tebu. Kalau nak rasa kemisterian rasa jus pegaga, boleh cuba ikut resepi di bawah ini.

Bahan-bahannya:

  • Segenggam pegaga
  • Sebiji epal hijau
  • 2 biji limau kasturi
  • Madu sesudu atau ikut suka rasa

Sangat mudah caranya. Kesemua bahan di atas di blend bersama (kecuali madu). Epal tu blend dengan biji-biji sekali. Saya pernah terbaca bahawa biji epal mengandungi khasiat yang tinggi. Akhir sekali masukkan madu secukup rasa. Kalau nak masukkan gula boleh, tapi nak lagi sihat masukkan madu.

Actually, jus pegaga ni kita tak perlu campurkan dengan epal dan limau kasturi pun tak pe, atau pun nak campur dengan salah satunya pun boleh, tetapi saya saja je campurkan semua sekali agar khasiat kesemuanya boleh di manfaatkan.

Macam epal tu, kalau nak makan biji epal gitu-gitu je rasa macam tak tertelan. Tapi bila blend biji, dah hancur memang kita tak rasa biji tu. Apa yang kita rasa ialah kelazatan epal itu sendiri. Secara tak lansung, dapat sekali khasiat si biji epal.

Selamat mencuba!

Sumber: Azwina Azmi‎

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.