Emosi Anak Lelaki Lebih Ringkas, Ibu Perlu Tahu Ilmu Ni!

Emosi Anak Lelaki Lebih Ringkas, Ibu Perlu Tahu Ilmu Ni! | Ibu dan bapa, tunjang utama membentuk akhlak kanak-kanak. Lahirnya seorang anak kecil ke dunia mengukir senyuman kegembiraan buat mana-mana pasangan yang sudah berkahwin.

Namun, kebimbangan buat para ibu adalah untuk mendidik anak lelaki. Sifat berlawanan di antara ibu dan anak lelaki sering kali membuatkan si kecil sering mencari bapa sebagai ‘geng sekepala’.

Ada beberapa tip yang boleh para ibu curi daripada si ayah untuk menangi emosi anak lelaki anda dan hubungan tidak renggang . Para ibu, sila ambil perhatian!

emosi anak lelaki

(a) Fikirkan caveman
Wanita dewasa mempunyai 1001 peringkat emosi termasuklah anak gadis anda. Tetapi, berlainan pula dengan sifat seorang lelaki. Hanya tiga perasaan wujud dalam diri mereka iaitu marah, sedih dan gembira. Jangan pamerkan emosi kompleks anda kepada anak lelaki kerana isu anak anda pada ketika itu tidaklah sekompleks yang disangka.

Si kecil hanya mahu membuang air, berlari dan makan. Ada hari-harinya, dia berlawan dengan beberapa orang teman kerana mengambil permainan tanpa pengetahuannya. Dia juga tidak duduk di jendela dan memerhatikan orang yang lalu-lalang, seperti kebanyakan anak-anak perempuan berusia lapan tahun akan lakukan. Anak lelaki lebih ringkas reaksinya.

(b) Perhatikan gaya badan, bukan bicara
Seperti lelaki dewasa, emosi anak lelaki juga ditonjolkan menerusi bahasa badan. Melompat sana sini, berlari dan menunjukkan keriangan. Bagi mereka, duduk mendiamkan diri, tidak menggembirakan dan menjerit keriangan adalah sesuatu yang baik dengan bersikap mendiamkan diri maknanya mereka memerlukan perhatian.

(c) Apabila dalam kesedihan atau keraguan, peluklah
Lelaki biasanya sukar menzahirkan perasaan secara lisan. Baik sedih, marah atau gembira, kebanyakan lelaki lebih-lebih lagi anak-anak kecil lebih memilih untuk memendam perasaan. Perhatikan emosi anak lelaki anda, sekiranya mereka sedih, tanpa disedari air mata terus mengalir, tidak seperti kanak-kanak perempuan.

Gunakan kesempatan ini untuk memeluk mereka. jangan paksa mereka mencurahkan perasaan pada ketika dia menangis. Berikannya waktu kemudian hampiri mereka dengan pelukan mesra tanpa perlu berkata apa-apa. Selepas itu, mereka mula ceria kembali dan mungkin akan berkongsi perasaan sedih dengan anda.

(d) Ceritera kisah di bilik air
Kanak-kanak perempuan mula potty train seawal enam hingga sembilan bulan lebih awal dari kanak-kanak lelaki. Sekali kanak-kanak lelaki potty train, mereka sukar melepaskannya dan mula menyoal bertalu-talu.

Waktu yang diluangkan di dalam bilik air merupakan salah satu aktiviti kegemaran kanak-kanak lelaki. Pelbagai persoalan pasti diutarakan si kecil termasuk cara sistem penghadaman. Bersedialah dengan pengetahuan yang tinggi untuk disampaikan kepada anak-anak.

(e) Adi wira selamanya
Kanak-kanak lelaki dan superhero tidak dapat dipisahkan. Pada usia yang masih kecil, kanak-kanak sudah mula mengenali kepentingan kuasa kekuatan. Mereka percaya kepada kewujudan sikap kebaikan.

Sedikit sebanyak ia membantu membina sikap kebaikan dalam diri kanak-kanak dan emosi anak lelaki yang lebih kelihatan maskulin. Perhatikan juga sekiranya anak-anak lelaki anda terikut-ikut keganasan yang dipaparkan. Pemerhatian ibu bapa masih penting dan relevan dalam situasi begini.

BACA: Rupanya Cara Motivasikan Anak Lelaki,Mak Ayah Kena Beri Bintang BUKAN Pujian!

(f) Kemenangan bukan keutamaan
Di sekolah, kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti melibatkan pementasan. Kanak-kanak lelaki biasanya tidak mengambil pusing mengenai pertandingan yang diwakili. Mereka lebih tenang dan tidak terlalu teruja aktiviti yang dilakukan, apalagi melibatkan pentas persembahan.

Bahkan, mereka juga kurang memperkatakan mengenai hal ini berbanding kanak-kanak perempuan. Paling penting, sekiranya mereka mula bercerita mengenai persembahan yang bakal dilakukan, sebagai ibu anda perlu menerapkan kebaikan dan sikap terpuji yang boleh ditonjolkan.

Galak mereka berlatih bersungguh-sungguh agar peranan mereka di atas pentas boleh memberi pengajaran kepada kawan-kawan yang lain.

(g) Gaya itu penting
Hakikatnya, pakaian untuk kanak-kanak perempuan lebih banyak pilihan berbanding kanak-kanak lelaki. Dan kebanyakan ibu mengambil jalan mudah dengan hanya memberi mereka seluar denim dan kemeja.

Tetapi anda perlu pastikan mereka diberi seluar denim dan kemeja yang sesuai. Pilih fabrik yang selesa untuk mereka mengikut kesesuaian tempat yang ingin dituju. Tidak dinafikan, kanak-kanak lelaki sangat cenderung untuk kelihatan cool! Pakaian yang sesuai juga mempengaruhi emosi anak lelaki anda.

(h) Tidak menjadi perhatian
Cuba perhatikan anak perempuan anda. Mereka seakan lebih menyerlah apabila berada di khalayak ramai contohnya apabila berkumpul bersama saudara mara, teman mahupun orang yang tidak dikenali. Aktiviti begini seolah-olah memberi tenaga positif kepada mereka untuk bergaul dan bermesra.

Berbeza dengan kanak-kanak lelaki, mereka lebih pemalu dan sukar untuk berbual mesra. Proses ini mengambil masa dan kemudian baru anda boleh melihat anak lelaki mula bergaul dan berkomunikasi. Ini kerana emosi anak lelaki di khalayak ramai mengambil masa untuk adaptasi dengan persekitaran.

(i) Masa tidur membahagiakan
Kanak-kanak lelaki cukup lasak. 10 minit sebelum tidur adalah masa terbaik untuk diluangkan bersama mereka. bacakan buku-buku cerita kegemaran mereka dan bertanya mengenai aktiviti mereka seharian. Pasti kan mereka diberi pelukan mesra yang membahagiakan sehingga mereka tertidur supaya emosi anak lelaki akan elok semasa bangun tidur nanti.

BACA: 5 Cara Nak Buat Anak Lelaki Tak Naik Kepala

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 + one =