Ini Pinjaman Kerajaan Tanpa Faedah Peniaga Wajib Rebut, Tak Payah Jumpa AhLong!

Ini Pinjaman Kerajaan Tanpa Faedah Peniaga Wajib Rebut, Tak Payah Jumpa AhLong! | Ramai peniaga kecil / perusahaan mikro merasakan kesan ekonomi akibat wabak COVID-19.

Jika diperhatikan di media sosial sudah banyak premis ditutup kerana tekanan ekonomi. Di sebalik wabak ini sudah menjadi pandemik iaitu tersebar ke seluruh dunia, ia memberikan kesan kepada semua individu..

Dalam pada itu, kerajaan terus prihati dengan nasib para peniaga apabila memperkenalkan pinjaman tanpa faedah di bawah BSN Micro-I Kredit Prihatin.

Jadi rebutlah peluang ini dan tak payah jumpa AhLong pun. Nanti tak pasal-pasal kena ugut atau rumah disimbah cat merah kalau tak bayar hutang dengan faedahnya sekali.

pinjaman kerajaan

Ini pinjaman kerajaan tanpa faedah ya, janji korang bayar. Tak adalah bank buru nanti!

Ini cara korang nak mohon pinjaman kerajaan ni ya.

Bagaimana untuk memohon pinjaman mikro tanpa faedah?

BSN Micro-i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.

BACA: 8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19

1. Apakah BSN Micro-i Kredit Prihatin?
BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.

2. Siapakah yang layak untuk memohon pinjaman kerajaan melalui BSN Micro-i Kredit Prihatin?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah layak memohon pinjaman kerajaan :

  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  • Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan

3. Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Terbuka kepada semua sektor perniagaan.

4. Berapakah amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Maksimum sehingga RM75,000

5.Berapa lama tempoh pembiayaan / pinjaman BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Antara 1 hingga 5.5 tahun

6. Apakah keistimewaan BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.

7. Berapakah kadar keuntungan / faedah bagi BSN Micro-i Kredit Prihatin?
0%

8. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah :

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
  • Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

9. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan?
6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima

10. Bilakah tarikh akhir permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Sehingga 31 Disember 2020

11. Adakah pihak Bank memerlukan sebarang cagaran daripada pelanggan memandangkan bayaran ansuran bulanan akan berlaku pada bulan ke-7 selepas pengeluaran penuh pembiayaan / pinjaman dilakukan?
Tiada cagaran diperlukan.

BACA: Bantuan Perniagaan Mikro, Permohonan Geran Khas Prihatin Mulai 1 Mei.

You might also like
1 Comment
  1. […] BACA JUGA : Ini Pinjaman Kerajaan Tanpa Faedah Peniaga Wajib Rebut, Tak Payah Jumpa AhLong! […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.