Cara Mudah Hilangkan Batuk Dan Hingus Bayi, Gunakan Petua Tradisional Ni

Cara Mudah Hilangkan Batuk Dan Hingus Bayi, Gunakan Petua Tradisional Ni | Ibu bapa yang ada anak kecil pasti susah hati kalau baby terkena selesema dan batuk. Anak jadi tak lalu makan, tak lena tidur dan tentunya meragam kerana tak selesa.

Bagi anak yang sudah pandai bercakap lebih mudah untuk kita terangkan dan tanya di bahagian mana mereka rasa tidak selesa. Tetapi apabila batuk dan selesema berlaku pada bayi agak sukar untuk mengetahui keadaan kesihatan sebenar anak.

Bayi yang meragam ketika demam adalah lebih baik dan selamat berbanding bayi yang hanya tidur semasa tidak sihat. Jadi kena pastikan keadaan bayi sentiasa sedar dan jangan biarkan bayi anda sentiasa tidur kerana ini sangat membahayakan mereka.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

hingus

Cara Mudah Hilangkan Batuk Dan Hingus Bayi

Apabila bayi sudah batuk dan berhingus dah tentu mak dan ayah juga kena tempiasnya berjaga untuk anak. Nak beri makan ubat pun satu hal, selalunya bayi akan menolak.

Kalau ada yang berdepan dengan situasi macam ni, boleh cuba petua rawat bayi yang batuk dan selesema menggunakan daun sirih. Sebelum ini pernah juga membaca perkongsian tentang petua tapi rasa musykil. Terfikir betul ke hanya guna daun sirih boleh rawat selesema dan batuk.

BACA JUGA :: Inilah Cara Seronok Orang Jepun Buang Hingus Anak Kecil Mereka, Anak Pun Tak Nangis!

Tapi selepas membaca perkongsian kali ini oleh NurFarahin Hamdi, rasanya petua ini boleh jadi mujarab. Dikongsi oleh 12 ribu netizen kebanyakannya kaum ibu ramai yang mengakui keberkesanannya menghilangkan batuk dan hingus pada bayi.

INFO

Perubatan tradisional banyak menggunakan daun sirih untuk meredakan kesakitan. Daun sirih mengandungi eugenol yang bersifat antifungal.

Ia berfungsi untuk menghalang perkembangan yis dari Candida albicans. Daun sirih juga mengandungi antiseptik yang berperanan membunuh bakteria. Sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif.

Selain untuk selesema bayi, dauh sirih juga boleh digunakan untuk meredakan bayi kembung. Caranya pun lebih kurang sama.

Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang.

Sumber: NurFarahin Hamdi Anselmus[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seventeen − 9 =