Inilah Cara Seronok Orang Jepun Buang Hingus Anak Kecil Mereka, Anak Pun Tak Nangis!

Perubahan cuaca sering membuat anak-anak kecil khususnya mula mendapat sakit seperti selesema dan demam. Bagi orang dewasa mungkin tidak mempunyai masalah atau kesukaran untuk membuang hingus atau lendir akibat selesema tetapi anak-anak kecil ianya agak sukar dilakukan.

Mereka mungkin tidak selesa apabila hidung mereka dibersihkan, atau mungkin takut hidung mereka akan sakit membuatkan ramai yang tidak mahu hidung mereka dibersihkan.

Proses membuang hingus akan jadi lebih sukar apabila anak mula menangis dan tidak mahu kita menghampiri mereka dengan alatan membuang hingus. Jika anak yang mudah di pujuk proses ini tidak akan mengambil masa yang lama, tetapi bagi anak yang sudah mengamuk dan tidak mahu di pujuk keadaan akan menjadi agak tegang. Mungkin ibu bapa juga boleh hilang sabar.

Jadi, ibu bapa harus bijak untuk memujuk anak kecil mereka supaya membersihkan lendir yang ada pada hidung mereka kerana jika tidak dibersihkan ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman lain. Akibatnya, anak-anak kecil mungkin akan mendapat penyakit yang lebih serius kelak.

Ibu bapa di Jepun, contohnya biasanya menggunakan tisu tandas untuk membersihkan hidung si kecil mereka. Kaedah ini dikatakan efektif kepada anak-anak mereka membuatkan mereka akan berasa selesa semasa hidung mereka dibersihkan.

cara buang hingus anak, buang hingus anak, bersihkan hingus anak, keringkan hinguskan anak, cara sedut hingus anak

cara buang hingus anak, buang hingus anak, bersihkan hingus anak, keringkan hinguskan anak, cara sedut hingus anak

Cara yang digunakan ini tidak perlu memaksa anak untuk duduk ketika hingus mereka di bersihkan, ianya boleh dibuat mengikut keselesaan anak sendiri. Jadi proses membuang hingus lebih mudah dan anda sebagai ibu bapa tidak perlu stress melayan kerenah anak yang tidak sihat ini. Jom tengok video ni memang sangat mudah!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − eight =