Bangga Makan Banyak Tapi Badan Kurus? Awas! Ini Petanda Anda Mempunyai…

Bangga Makan Banyak Tapi Badan Kurus? Awas! Ini Petanda Anda Mempunyai… | Individu yang gemar makan dengan banyak tetapi badannya tetap kekal kurus pasti membuatkan ramai orang cemburu.

Bagaimanapun mengikut perkongsian dilaman Facebook Public Health Malaysia, memiliki tubuh badan kurus itu tidak semestinya sihat.

Menurut Public Health Malaysia walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari akibat pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat boleh menyebabkan lemak tersembunyi bersama organ -organ penting di abdomen.

BACA: Air Barli Viral Ini Berkesan Naikkan Seri Muka, Badan Pun Jadi Kurus Langsing

Situasi tersebut dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside” untuk mereka yang makan banyak tapi badan kurus.

badan kurus

“Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti, kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol, penyakit jantung dan strok

“Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.

“TOFI sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.

“Lebih bahaya, akibat sentiasa rasa badan kurus, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.

“Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan,” kongsi paparan tersebut.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2654926741463848

Apa yang penting, amalkan gaya hidup yang sihat dan makan makanan seimbang. Jangan lupa untuk bersenam dan pastikan diri sentiasa cergas.

BACA: Esoklah Diet, Inilah 7 Golongan Body Masih Sama Saiz Lagi Tak Kurus-Kuruspun!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 + 3 =