12 Kegunaan Cengkih Dalam Perubatan yang Ramai Tak Tahu!

Bunga cengkih juga mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga “anaesthetic”.

Khasiat bunga cengkih

1. Menghitamkan alis mata(kening)

Caranya: 5-7 biji bunga cengkih kering dibakar sampai hangus, kemudian ditumbuk halus dan ditambah dengan minyak badan secukupnya. sapukan pada kening mata setiap hari

2. Menguatkan jantung

Caranya : Bunga cengkih yang kering, dikunyah dan dihisap airnya, lakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuat lendir usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.cengkih, khasiat cengkih, perubatan cengkih, petua cengkih, kegunaan cengkih, manfaat cengkih

3. Mengubati Campak

Cara nya:10 Biji bunga cengkeh direndam dalam air masak semalaman. Kemudian ditambah dengan gula batu dan dikacau sampai rata. Lalu diminum sedikit demi sedikit secara teratur

4. Menghilangkan Sakit Gigi

Caranya : Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan bahan campuran tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia

BACA JUGA: Teh Jintan Manis Bantu Turunkan Berat Badan & Awet Muda

5. Menghilangkan rasa mual dan pening

Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih

6. Menghilangkan Bau Mulut

Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali

7. Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Cara nya: Bagi menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

8. Radang Hati

Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.

9. Selsema

Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

10. Sembelit

Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.cengkih, khasiat cengkih, perubatan cengkih, petua cengkih, kegunaan cengkih, manfaat cengkih

11. Mengelakkan Semut

Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

12. Perangsang se*sual

Caranya: Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat k*lamin lelaki beberapa ketika sebelum bersama. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.

BACA JUGA: Selalu Lenguh-Lenguh Badan Dan Sakit Saraf, Jom Amalkan Rebusan Ini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment