Kaki Melecet Sampai Menggelembung? Jangan Pecahkan Ini Sebabnya

Adat membeli kasut baharu, ada sahaja kes seperti melecet dan atau dikenali ‘digigit kasut’. Benar, kan? Tambah teruk jika anda banyak berjalan jauh dan juga berlari. Bukan sekadar melecet biasa, malah boleh menyebabkan kulit mengelembung dan berair.

Kaki melecet berair ini merupakan keadaan iaitu bila adanya gelembung mengandungi cecair dalam lapisan kulit luar. Ini selalunya terjadi disebabkan geseran dari kasut yang masih keras dan baru. Persoalannya, haruskah ia dipecahkan atau dibiarkan sahaja? Mana satu jalan terbaik? Ini jawapannya.

Kebanyakan melecet yang berair ini tidak memerlukan perhatian yang terlalu khusus dan ia akan hilang dalam masa beberapa hari.

“Jika muncul lecet berair ini, saranan terbaik daripada saya ialah merendam kaki dan sesekali tidak memecahkan gelembung tersebut.

“Ini kerana memecahkannya boleh menyebabkan jangkitan kuman,” ujar Dr Suzanne Levine, pakar penyakit kaki dari New York, petik portal Health Detik.

Oleh itu, jika anda mengalami masalah yang sama, rendamkan kaki dalam larutan garam kemudian keringkan dengan tuala lembut.

Namun, jika gelembung air pecah sendiri, bekas gelembung harus dibersihkan dengan sabun dan air. Kemudian lap bersih dan biarkan ia kering. Sapukan juga dengan antibiotik namun pastikan mendapat saranan doktor terlebih dahulu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment