Cara Kira Waktu Subur Agar Cepat Hamil

Adakah anda pasangan pengantin baru? Atau adakah anda tergolong dalam pasangan yang sukar untuk hamil?

Saya percaya ramai di antara kita yang sedang berharap sangat-sangat untuk mengandung dan dikurniakan zuriat. Semua ingin tahu cara cepat hamil yang berkesan. Ketahuilah, dengan mengetahui waktu subur dengan tepat, anda boleh merancang dengan lebih baik waktu yang sesuai untuk bersama-sama dengan pasangan anda bagi memudahkan anda untuk mengandung.

Terdapat beberapa cara untuk kita kira waktu subur, tetapi adalah penting untuk kita memahami terlebih dahulu apa itu waktu subur.

APA ITU WAKTU SUBUR?

Waktu subur atau ovulasi bermaksud, tempoh tertentu untuk telur anda disenyawakan dengan sperma atau telur tersebut akan mati. Pada setiap kitaran haid anda, kebanyakan daripada pasangan yang berusia 20-an sehingga awal 30-an, mempunyai peluang sebanyak 20% untuk mengandung. Tidak ada cara kira waktu subur yang spesifik untuk yang berusia 40-an. Masih sama.

Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui waktu subur tersebut bagi meningkatkan peluang untuk mengandung. Dan pada kebiasaannya tempoh ovulasi adalah di antara 12 hingga 24 jam, tetapi ada juga yang lebih pendek atau lebih panjang.

JANGKA HAYAT SPERMA

Tetapi disebabkan jangka hayat sperma yang boleh bertahan di antara tiga hingga enam hari di dalam badan seseorang wanita, walaupun anda melakukan hubungan kelamin beberapa hari sebelum ovulasi, anda masih berpeluang untuk mengandung.

Anda harus ingat bahawa, hanya satu sperma diperlukan untuk melekat dan bersenyawa dengan telur anda bagi membolehkan anda mengandung. Tetapi jika anda boleh kira waktu subur anda dengan lebih tepat, peluang untuk anda mengandung akan meningkat juga.

CARA KIRA WAKTU SUBUR

Cara untuk kira waktu subur sebenarnya senang sahaja. Anda hanya memerlukan dua nombor keramat sahaja. Pertama sekali, anda perlu tahu bila tarikh pertama kitaran haid terakhir anda dan berapa hari secara puratanya kitaran anda berlaku (kebiasaannya di antara 20 hingga 45 hari). Dengan adanya dua nombor ini, anda boleh kira waktu subur anda dengan lebih tepat.

Jika anda seperti orang ramai yang mempunyai kitaran haid yang normal iaitu selama 28 atau 30 hari, anda boleh merujuk kepada cara kira waktu subur seperti di bawah.

Andaikan kitaran haid anda bermula pada 1 haribulan pada mana-mana bulan dan kitaran haid anda kebiasaannya selama 28 hari:

Waktu subur anda adalah di antara tarikh 12 haribulan sehingga 17 haribulan dan ovulasi pada 15 haribulan.

Andaikan kitaran haid anda bermula pada 1 haribulan pada mana-mana bulan dan kitaran haid anda kebiasaannya selama 30 hari:
Waktu subur anda adalah di antara tarikh 14 haribulan sehingga 19 haribulan dan ovulasi pada 17 haribulan.

Dengan berpandukan cara kira waktu subur di atas, anda boleh lihat perbezaan sebanyak 2 hari pada tempoh kitaran haid anda, bermaksud waktu subur anda juga berbeza sebanyak 2 hari. Oleh itu anda perlu habiskan masa bersama-sama dengan pasangan anda pada waktu subur tersebut terutamana semasa ovulasi, bagi meningkatkan peluang anda untuk mengandung. Mudah bukan cara kira waktu subur?

KITARAN HAID YANG TERATUR DAN TIDAK TERATUR

Cara kira waktu subur di atas adalah mudah dan boleh dipraktikkan untuk kebanyakan orang. Tetapi perlu diingat, ia hanya boleh digunakan bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang stabil. Sekiranya kitaran haid anda tidak teratur, anda mungkin bermasalah untuk menentukan tarikh ovulasi dan juga waktu subur anda. Kunjungi doktor keluarga di kawasan berdekatan untuk mendapatkan konsultasi yang lebih lanjut.

KALKULATOR WAKTU SUBUR

Untuk kira waktu subur, boleh guna Kalkulator Ovulasi ini. Untuk memudahkan membuat kiraan waktu subur wanita, kami menyediakan ‘tool’ mudah ini untuk rujukan anda semua.

Selamat mencuba dan cepat hamil! Panjatkan doa banyak-banyak pada Allah.

Boleh juga guna enjin carian Google dengan kata kunci “Ovulation Calendar Tool” untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau ‘period‘ untuk waktu yang tepat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment