7 Manfaat Mandi Sebelum Subuh Rugi Kalau Abaikan

Mandi adalah perkara wajib dilakukan setiap hari bagi membersihkan kekotoran serta memberi kesegaran pada badan.

Tetapi mungkin ramai yang belum tahu bahawa salah satu waktu paling ideal untuk mandi adalah sebelum waktu subuh. Wah! sudah pasti ramai akan berkata TIDAK untuk mandi diawal pagi kerana alasannya sejuk dan masing-masing masih lena dibuai mimpi.

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya sangat rugi jika tidak mandi di waktu sebelum subuh. Ini kerana mandi diwaktu itu mempunyai banyak kebaikan terutamanya kepada kesihatan dan kecantikan, berikut adalah 7 manfaatnya.

1. Meningkatkan Kesuburan
Mandi dengan air dingin pun mempunyai kesan positif bagi kesihatan pembiakan, kerana mandi dengan air sejuk boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosterone pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita yang berpengaruh pada peningkatan kesuburan dan keghairahan seksual.

2. Melancarkan Peredaran Darah
Mandi subuh ternyata mempunyai manfaat yang luar biasa bagi kesihatan. Menurut Dr. dr. Aru W. Sudoyo, MD, doktor pakar penyakit dalam dari FKUI dan RS Medistra, mandi pagi secara perubatan akan merangsang sistem peredaran darah dan persyarafan menjadi lebih aktif.

Hal ini timbul sebagai reaksi terhadap rangsangan suhu sejuk secara ringkas. Sepanjang seseorang tidak sakit, maka mandi subuh atau sebelum subuh memberikan kesan positif kerana tubuh disebat oleh temperature rendah.

3. Membuat Kulit Menjadi Lebih Halus dan Cantik
Dr. Midi Hariyani, SpKK pakar kulit dan kelamin dari klinik nusantara tembaga menyebutkan bahawa dengan mandi subuh dapat membangunkan tubuh yang terlelap di mana metabolisme tubuh sedang melambat.

Diibaratkan membangunkan mesin yang awalnya pelan kemudian dinaikkan. Suhu tubuh akan dinaikkan mencapai kestabilan. Jantung menjadi terpacu untuk bangun, adrenalin meningkat, pembuluh darah jadi lebih lancar untuk bergerak sehingga aliran darah dalam tubuh menjadi sangat baik, termasuk aliran ke kulit, tisu kulit akan bertambah baik tidak kering dan menjadi lebih kenyal atau lembab.

Mandi dengan air sejuk juga mampu mengurangkan noda hitam pada lingkaran bawah mata sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan kulit kelihatan lebih fresh

4. Membuat Rambut Lebih Sihat
Apa yang terjadi dengan rambut bila dibilas dengan air sejuk? Ternyata air dingin dapat menutupi kutikula rambut, sehingga mampu mengurangkan keguguran. Air sejuk juga mampu melindungi rambut dari kotoran-kotoran yang biasanya melekat pada kulit kepala, dengan demikian rambut akan lebih sihat dan kuat.

5. Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi dengan air sejuk pada waktu subuh akan meningkatkan sel darah putih dalam tubuh yang mengakibatkan peningkatan daya tahan tubuh dalam melawan virus yang masuk kedalam tubuh, dan tubuhpun akan menjadi lebih sihat dan bugar.

6. Meredakan Kemurungan
Mandi dengan air sejuk juga berpengaruh pada jiwa, menjadikan jiwa dan fikiran lebih tenang dan bersemangat menjalankan aktiviti sehari-hari. Namun, untuk mereka yang mempunyai penyakit berat sebaiknya mandi dengan suhu air hangat (bukan panas) yang mendekati suhu tubuh sehingga sistem penyesuaian atau adaptasi yang sedang lemah tidak dirangsang secara paksa.

Khas untuk pesakit ekzema dan penyakit sendi sebaiknya tidak melakukan aktiviti mandi sebelum subuh ini kecuali dengan air hangat. Para pesakit ekzema jika mandi menggunakan air sejuk akan menyebabkan gatal gatal pada kulit, sedangkan pesakit rematik akan meningkatkan keradangan sendinya.

Perubahan suhu yang terlalu mendadak juga boleh menyebabkan aliran darah terganggu sehingga tekanan darah lebih tinggi daripada biasanya yang menyebabkan munculnya hipertensi dan jantung.

7. Kurangkan Risiko Darah Tinggi
Menurut Frederic Premji serang hypnotherapis dari The American Board Of Hypnotherapy bahawa mandi dengan air sejuk juga mampu mengurangkan risiko timbulnya darah tinggi, varises dan mengerasnya pembuluh darah, hal ini terjadi kerana air sejuk akan melancarkan peredaran darah keseluruh organ-organ tubuh.

Jadi mulai esok kepada sesiapa yang belum pernah mandi sebelum subuh, mari kita biasakan diri untuk mandi diwaktu itu. Sekarang baru faham kan kenapa orang tua dulu-dulu suka mandi di awal pagi?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment