Inilah 5 Jenis Jerawat Yang Ada Di Muka Dan Cara Mengatasinya

Jerawat merupakan masalah kulit yang popular dari dahulu sehingga sekarang. Semua orang tidak suka dengan jerawat kerana ia memberi masalah besar pada muka khususnya. Bahkan, ada juga antara selebriti terkenal dunia yang mengalami masalah ini seperti Cameron Diaz, Megan Fox dan ramai lagi.

Bagi golongan wanita pula, mereka menganggap ia sebagai musuh utama dalam kehidupan mereka. Sebabnya, jerawat suka muncul secara tiba-tiba, seolah-olah ia tahu jika esok terdapat event penting seperti dinner, wedding dan sebagainya. Jerawat pun boleh jadi stalker kita tau.

Jadi, jika anda mengalami masalah jerawat, anda juga harus tahu tentang jenis jerawat yang menimbulkan masalah kepada muka anda dan cara untuk anda mengatasinya. Hal ini kerana ia akan memberi kesan tindak balas yang buruk jika anda tersalah menggunakan sesuatu produk untuk atasi jerawat itu.

Di sini terdapat 5 jenis jerawat yang anda perlu tahu dan tips untuk mengatasinya :5 jenis jerawat, rawatan jerawat, cegah jerawat, jerawat di muka, jerawat di badan, cara mengatasi jerawat

#1 Papules

Ia merupakan sejenis jerawat radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan.

#2 Pustules

Ia kelihatan seperti bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintik merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).

#3 Blackheads

Kebanyakan daripada kita mempunyai masalah balckheads ini. Ia biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran tetapi disebabkan oleh pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.

#4 Whiteheads

Whiteheads ini seperti adik-beradik kepada blackheads juga cuma berlainan warna. Ia biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan paparan putih ini muncul di atas permukaan kulit muka anda.

#5 Nodules

Ini adalah sejenis jerawat yang kronik juga jika tidak dirawat dari awal kerana ia terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. Ia juga sangat menyakitkan dan kadang-kadang ia muncul agak lama selama berbulan-bulan. Jerawat ini yang menjadi penyumbang kepada parut berlubang dan trauma yang teruk serta luka pada permukaan kulit.

Oleh itu, jika ia tidak dirawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun ia sudah kecut sebelum itu. Tambahan pula, apabila ruang radang lebih besar maka ia lebih mudah untuk membentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tidak dirawat atau tidak menggunakan ubat yang sesuai.

BACA JUGA: Tip Menghilangkan Blackhead Menggunakan 2 Bahan Mudah

Tips untuk mengatasi jerawat adalah :

1. Pakai krim atau gel anti-jerawat jika jerawat tersebut baru muncul. Ini dapat membantu jerawat itu menjadi kecut dan terus hilang jejaknya di kemudian hari. Namun, bukan semua orang sesuai untuk memakai krim ini. Bagi yang sudah biasa memakai, tiada masalah. Hal ini kerana ada juga antara anda yang mengalami alahan kulit jika memakai sesuatu krim di muka.

2. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Hal ini kerana jerawat juga muncul disebabkan oleh cara pemakanan anda. Lebih baik anda jaga cara pemakanan anda. Kurangkan makanan yang berminyak.

3. Mencuci muka dengan bersih. Bagi wanita, jika anda memakai mekap yang tebal mohon cuci dengan bersih sebelum tidur. Pastikan anda mencuci muka dua atau tiga kali sehari untuk membuang segala kotoran di muka. Anda juga perlu menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Contoh : jika kulit anda berminyak, maka carilah pencuci yang khusus untuk membersihkan minyak di muka dan dapat mengurangkan jerawat juga.

4. Jangan selalu sentuh muka atau memicit jerawat! Ramai yang gatal tangan dan ramai juga yang tidak mencuci tangan selepas melakukan sesuatu. Ini yang menjadi punca jerawat membiak dan meninggalkan parut jika memicitnya. Tetapi ini adalah fakta kerana tangan kita ada banyak kuman yang tersembunyi yang mengganggu kulit wajah kita. Sebaiknya, pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas okay.5 jenis jerawat, rawatan jerawat, cegah jerawat, jerawat di muka, jerawat di badan, cara mengatasi jerawat

5. Pilih produk kecantikan yang berkualiti dan mengandungi bahan semula jadi. Jangan pilih yang murah atau yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan seadanya. Nak cantik cepat tetapi tidak fikir kesan pada masa hadapan, memang hidup anda akan merana kelak. Ramai antara anda yang merana akibat tersalah memilih produk. Nak pulihkan semula kulit muka itu akan mengambil masa yang lama tau. Jadi, berfikirlah dengan bijak.

6. Pergi ke klinik Dermatologi jika keadaan kulit muka anda semakin teruk. Doktor pakar kulit dapat membantu anda dengan memberi ubat yang sesuai untuk baik pulih keadaan kulit wajah anda. Walaupun kos agak mahal tetapi selamat untuk anda dapat kulit yang sihat.

7. Jangan tegur muka rakan anda yang ada jerawat! Hal ini kerana percayalah esok atau lusa jerawat itu akan membalas dendam dan muncul di muka anda pula. Bahkan di tempat yang sama juga!

Ini sahaja yang penulis dapat kongsikan dengan anda. Memang sukar untuk menghilangkan parut jerawat jika ianya tidak dirawat dari mula. Sememangnya mempunyai wajah yang penuh dengan parut jerawat akan membuatkan anda kelihatan suram dan tiada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain. Semoga anda dapat manfaat dari artikel ini.

BACA JUGA: Petua Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa 7 Hari

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment