Home All Petua Diet Ubah Tabiat Suka Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi Gemuk, Tapi...

Ubah Tabiat Suka Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi Gemuk, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

772
0
Ubah Tabiat Suka Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi Gemuk, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

Ubah Tabiat Suka Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi Gemuk, Tapi Ada Banyak Risiko Lain! | Badan yang sihat adalah impian setiap manusia. Sihat menjamin kualiti hidup yang lebih sejahtera. Aktiviti seharian pun boleh dilakukan tanpa sebarang masalah.

Tetapi, nak memiliki tubuh badan yang terhindar dari sebarang penyakit, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Salah satunya adalah aspek pemakanan yang jika tidak diberi perhatian serius, boleh mengundang pelbagai masalah, antaranya masalah obesiti.

Jom baca perkongsian Hello Doktor yang mengupas isu ini lebih lanjut.

Tahukah anda, salah satu sebab anda jadi gemuk adalah kerana tabiat makan  laju. Punca gemuk ini seringkali diabaikan oleh ramai pihak, sekali gus menyebabkan ia kelihatan seperti bukan satu perkara yang perlu dirisaukan.

Otak perlukan masa terima isyarat anda kenyang, sebab itu boleh jadi punca gemuk jika anda makan laju!

makan laju

BACA JUGA :: Rupanya Ini Bahaya Sel Lemak Tersimpan Dalam Badan, Tak Kira Badan Kurus Atau Gemuk!

Kita mungkin sering makan laju dan berasa lapar lagi selepas itu. Lalu kita membuat keputusan untuk makan lagi sehinggalah perut berasa seperti hendak meletup atau berasa ingin muntah.

Namun, tahukah anda, otak memerlukan masa untuk memproses isyarat tubuh bahawa anda sebenarnya telah kenyang. Otak anda mungkin memerlukan masa sehingga 20 minit untuk menyedari yang perut anda sudahpun penuh.

Apabila anda makan laju, anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak makanan daripada keperluan sebenar tubuh badan.

Lama kelamaan, pengambilan kalori yang berlebihan daripada sumber makanan boleh menyebabkan anda jadi gemuk dan alami pertambahan berat badan yang agak signifikan.

Satu kajian yang dijalankan dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan bahawa 60% daripada mereka yang makan dengan laju turut makan dengan banyak.

Individu yang makan dengan laju ini juga cenderung untuk mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 3 kali ganda.

Berisiko untuk alami obesiti di kemudian hari

Obesiti merupakan salah satu daripada masalah kesihatan yang paling besar di seluruh dunia. Ini kerana masalah obesiti bukan disebabkan oleh satu faktor semata-mata seperti pemakanan yang tidak seimbang.

Ia juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti kehidupan yang tidak aktif dan makan dengan laju.

Siapa sangka, makan dengan laju juga boleh jadi punca gemuk. Menurut kajian, makan secara gelojoh ini boleh menjadi faktor risiko untuk seseorang itu menjadi obes.

Analisis terhadap 23 kajian yang lain menunjukkan, orang yang makan dengan gelojoh mempunyai dua kali ganda kecenderungan untuk menjadi obes berbanding orang yang makan dengan kelajuan biasa.

Makan Laju Bukan hanya jadi punca gemuk, tetapi sebabkan masalah lain juga

Selain daripada jadi gemuk, makan dengan laju juga boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang lain. Ini termasuklah:

  • Kerintangan insulin: Makan dengan cepat telah dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk alami kerintangan insulin.
  • Diabetes jenis 2: Makan dengan laju juga dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2. Golongan ini mempunyai risiko sebanyak 2.5 kali ganda berbanding mereka yang makan dengan perlahan.
  • Sindrom metabolik: Makan secara laju juga boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami sindrom metabolik, iaitu satu kumpulan faktor risiko yang meningkatkan potensi anda untuk mendapat diabetes dan juga penyakit jantung.
  • Masalah penghadaman: Apabila anda makan dengan terlalu cepat, masalah berkaitan pencernaan pasti akan timbul. Ini kerana mereka yang makan dengan cepat cenderung untuk menggigit makanan dengan saiz yang besar sehingga menyebabkan gangguan pada penghadaman.

Adakah saya perlu makan dengan perlahan selepas ini?

Semestinya. Ada satu kajian yang melibatkan dua kumpulan individu, satu kumpulan adalah mereka yang mempunyai berat badan yang normal, sementara kumpulan kedua adalah mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Kedua-dua kumpulan mengambil beberapa kalori ketika waktu makan secara perlahan-lahan. Kumpulan-kumpulan ini turut melaporkan bahawa mereka berasa kenyang dalam tempoh yang lama setelah makan secara perlahan-lahan.

Mereka juga kurang berasa lapar 60 minit selepas waktu makan perlahan berbanding selepas waktu makan laju. Ini menunjukkan bahawa makan dengan perlahan berpotensi membuatkan anda kehilangan berat badan dari semasa ke semasa.

Perlu diketahui bahawa nafsu makan dan pengambilan kalori dikawal oleh hormon anda. Selepas anda makan, usus anda akan menekan sejenis hormon yang disebut sebagai ghrelin.

Hormon inilah yang bertanggungjawab mengawal rasa lapar. Hormon ini kemudiannya akan melepaskan hormon kenyang.

Hormon ini akan memberitahu otak anda bahawa anda sudah pun makan, mengurangkan selera makan, membuatkan anda berasa kenyang lalu membantu anda untuk berhenti makan dengan serta-merta.

Kesemua proses ini boleh memakan masa sekitar 20 minit. Oleh sebab itu, apabila anda tidak makan laju, anda sebenarnya telah memberikan masa yang cukup untuk otak anda memproses isyarat bahawa anda sudah kenyang.

Cara untuk makan secara perlahan dan tidak jadi punca gemuk

Jika anda tidak mahu jadi gemuk kerana makan laju, ini teknik yang perlu anda lakukan untuk memperlahankan kadar waktu makan anda.

  • Jangan makan depan televisyen atau ketika menonton sesuatu.
  • Letakkan sudu atau garpu setelah setiap kali anda menyuapkan makanan ke dalam mulut.
  • Jangan biarkan diri anda menjadi terlalu lapar.
  • Kerap minum air untuk kurangkan rasa lapar dan dahaga.
  • Banyakkan kunyahan ketika memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum menelannya.
  • Makan makanan yang kaya dengan kandungan serat.
  • Gigit makanan dengan gigitan yang kecil.
  • Berpada-pada ketika makan dan kawal saiz pemakanan anda.

Sumber: hellodoktor

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here