Inilah 9 Tip Jimatkan Bayaran Cukai Pendapatan 2019, Baca Perkongsian Lelaki Ni.

Sedia maklum, cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan daripada penggajian, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, dividen, sewa, royalti, pendapatan perniagaan yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi, persatuan dan sebagainya pada setiap tahun.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @im_afiqq telah berkongsi cara pelepasan cukai yang anda boleh gunakan. Apa kata baca perkongsian beliau di bawah ini.

cukai pendapatan

9 Cara Jimatkan Bayaran Cukai Pendapatan

1. Self relief : RM9,000

Apabila kita buat keputusan untuk bayar cukai, kita akan terus dapat self relief sebanyak RM9,000.

2. Perbelanjaan perubatan untuk ibu bapa: RM5,000

Untuk setiap ibu dan ayah yang berumur lebih 60 tahun dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun dimana ayah RM1,500 dan ibu RM1,500.

3. Peralatan sokongan asas untuk diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa: RM6,000

Ini kalau kita belanja wang seperti membeli kerusi roda atau apa sahaja peralatan sokongan asas boleh mengurangkan bayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

4. Perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius untuk diri sendiri, pasangan atau anak: RM6,000

Berbelanja untuk perubatan atau anda boleh lakukan medical check up secara menyeluruh sebanyak RM500 supaya kita dapat kenal pasti jika ada sebarang masalah. Atau untuk pastikan badan kita dalam keadaan sihat. Lebih baik invest pada diri sendiri dari bayar LHDN. Bukan hanya untuk kita, boleh buat untuk pasangan dan juga anak.

5. Gaya hidup: RM2,500

Berbelanjalah sedikit duit kita untuk membeli buku, atau mungkin membeli computer (jika perlu). Bagi anda yang suka bersenam, anda boleh mendaftar jadi ahli gymnasium atau perkara paling mudah ialah langgan internet. Ini pun boleh bantu kita mengurangkan cukai peribadi.

6. Simpanan skim SSPN: RM6,000

Ibarat bertukar akaun sahaja yang ini iaitu dari akaun simpanan kita yang lain ke akaun SSPN. Tidak hilang pun duit itu, malah mungkin boleh digandakan dengan dividend. Simpanan bertambah, cukai pun berkurang.

7. Perlindungan insuran nyawa dan EPF: RM6,000

Bayaran untuk perlindungan diri sendiri lebih baik dari bayar cukai pendapatan yang terlalu tinggi. Sekurang-kurangnya kita tahu kita dilindungi dan yang bagusnya kita boleh kurangkan cukai dengan bayar secara premium. Atau pun, kita juga boleh menabung dalam KWSP sebagai bekalan hari tua. Yang pasti duit itu tetap kita punya. Apa salahnya, bukan?

8. PRS: RM3,000

Ini pun sejenis simpanan untuk diri sendiri, jadi anda boleh fikir sendiri sama ada mahu tambahkan simpanan atau mahu bayar cukai pendapatan terlalu tinggi.

9. Yuran pendidikan: RM7,000

Bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran, samada di peringkat sijil, diploma, degree, master atau PHD serta dalam apa juga bidang termasuk vokasional atau technical boleh gunakan peluang ini untuk kurangkan cukai pendapatan koran.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 + ten =