Lucu… ‘Asal Anak Lambat Bercakap Je, Terus Mendiagnosis Autism’

Susah juga apabila ada sesetengah ibu bapa atau orang sekeliling yang terlalu peka dengan isyarat awal Autism pada kanak-kanak, habis semua kanak-kanak yang dilihat mempunyai ciri-ciri yang tidak normal terus di cop Autism.

Bagaimanapun, kanak-kanak Autism sudah diterima baik dalam masyarakat kita hari ini kerana telah mempunyai kesedaran tentang kanak-kanak istimewa ini. Ramai yang sudah peka dengan tanda-tanda Autism dengan cara memerhatikan perkembangan normal anak-anak tetapi tidak wajar juga dengan sewenang-wenangnya menyatakan mereka mengidap Autism sebelum mendapatkan pemeriksaan daripada pakar.

Apabila isu Autism ini dilihat begitu ketara dan ramai yang risau anak mereka adalah Autism sedangkan belum lagi disahkan oleh pakar, seorang wanita yang terlibat dengan Pemulihan Carakerja bernama Liyana Raya mengingatkan agar janganlah terus didiagnosis anak mereka atau anak orang sebagai Autism!

Ramai netizen yang terkena. Senang-senang je anak mereka di cop sebagai autism. Cikgu sekolah pula tu yang memandai kata budak tu autism.

Normallah budak-budak lasak bermain sana sini lagi-lagi lelaki.

Komen yang ini lagi sedih. Kawan-kawan di alam maya ramai yang kata anaknya autism dan siap hantar mesej di whatsapp terus tanya anak tu autism ke?

Macam-macam, sesetengah ibu bapa malu nak mengaku yang anaknya autism tapi ada juga ibu yang senang-senang terus cop anak dia autism.

Jadi, sebelum kita diagnosis anak sendiri atau anak orang lain sebagai autism tu, bawa dulu mereka pergi jumpa pakar. Biar pakar yang sahkan.

Bukan senang-senang sahaja kita boleh kaitkan dengan autism walau ada ciri-ciri sepertinya. Kalian ingat senang ke hendak jaga anak autism tu?

BACA JUGA: Bapa Ini Berkongsi Bagaimana Cara Untuk Mengenali Ciri-Ciri Anak Autism

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment