Apa Akan Jadi Selepas Tempoh Hartanah Leasehold Berakhir Untuk Tanah Pajakan 99 Tahun

Apa Akan Jadi Selepas Tempoh Hartanah Leasehold Berakhir Untuk Tanah Pajakan 99 Tahun | Sebelum membuat pemilikan rumah, sesetengah lokasi memaparkan pajakan 99 tahun (leasehold) atau milikan tanah diberikan selama-lamanya (freehold). Dalam erti kata lain, ada dua perbezaan yang perlu kita semak sebelum membuat pemilikan rumah.

Freehold atau milikan tanah diberi selama-lamanya membawa maksud tanah yang diperihalkan dipegang untuk selama-lamanya. Hartanah freehold yang sudah mempunyai geran individu / strata tanpa sekatan, boleh saja dijual kepada sesiapa termasuk kepada bukan bumiputera.

Tapi bagi hartanah leasehold atau tempoh pajakan 99 tahun bermaksud tanah tidak boleh dipindah milik kepada orang lain melainkan dengan kebenaran kerajaan negeri.

Jika membeli rumah atau hartanah leasehold, tentu ramai bertanya apa akan jadi selepas tempoh pajakan itu berakhir?

Salkukhairi Abd Sukor yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI), sebuah NGO yang ditubuhkan untuk memberi kesedaran undang-undang kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan rakyat berkongsi maklumat yang perlu orang ramai ketahui mengenai hartanah leasehold ini.

hartanah leasehold

BACA JUGA :: Pejabat Tanah Dedah 6 Risiko Jika Beli Tanah Lot Lidi, Selain Nama Tiada Dalam Geran!

1. Ramai yang rasa tak selamat kalau beli dan memiliki tanah Pajakan 99 tahun.
Sebenarnya tidak ada masalah pun bagi seseorang jika ingin membeli atau memiliki tanah berstatus pajakan 99 tahun asalkan tanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan dan bebas daripada sebarang bebanan.

2. Namun begitu anda perlu tahu bahawa kebiasaannya tanah berstatus pajakan ini mempunyai sekatan kepentingan di mana ianya perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu sebelum ianya boleh dipindahmilik dan digadai kepada pihak bank.

3. Cuma ramai yang nak tahu, apa yang akan berlaku terhadap hartanah leasehold tersebut selepas pajakan tanah itu tamat tempoh?

4. Apabila sesatu tanah berstatus pajakan itu tamat tempoh pajakan, maka secara umumnya tanah tersebut akan kembali menjadi milik kerajaan semula, melainkan tempoh pajakan itu dilanjutkan oleh kerajaan.

5. Adakah selepas tempoh pajakan tamat, tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri atau kerajaan akan tawar atau bayar pampasan dan sebagainya?

Ya. Setelah tempoh pajakan tamat, tanah tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri dan kerajaan negeri TIDAK PERLU membayar sebarang pampasan atau ganti rugi kepada pemilik selepas tempoh pajakan itu tamat.

6.Walaubagaiamanpun sebelum tempoh pajakan tersebut berakhir, pemilik boleh memohon untuk lanjutan tempoh pajakan dan diberi hak milik semula kepada mereka dengan tempoh pajakan yang baru dan kebiasannya kerajaan akan meluluskan tempoh lanjutan pajakan tersebut, melainkan atas sebab-sebab tertentu dan munasabah yang mana lanjutan tidak dapat diluluskan.

7. Namun begitu, untuk membolehkan tempoh pajakan dilanjutkan, pemilik perlu terlebih dahulu menjelaskan bayaran premium tertentu mengikut nilaian semasa tanah tersebut.

8. Berdasarkan Peruntukan Seksyen 90A Kanun Tanah Negara (Pindaan 2016), permohonan lanjutan tempoh pajakan boleh terus dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui pejabat tanah yang berkenaan sebelum tempoh pajakan tamat (sebaik baiknya dalam tempoh 2 atau 3 tahun sebelum tempoh pajakan tamat).

9. Walau bagaimanapun sekiranya kerajaan memutuskan untuk mengambil tanah pajakan itu sebelum tempoh pajakan tamat, maka kerajaan WAJIB BAYAR PAMPASAN terhadap tuan tanah mengikut harga semasa.

BACA JUGA :: Rumah Dijaga Rapi Dan Cukup Bersih Meskipun Serba Kekurangan Dan Dapur Hanya Berlantaikan Tanah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eight − 3 =