Home All Petua Rumahtangga Isteri Berwaspada Potensi Suami Curang Jika Si Dia Buat 7 Perkara Ini...

Isteri Berwaspada Potensi Suami Curang Jika Si Dia Buat 7 Perkara Ini Di Handphone

2473
0
Isteri Berwaspada Potensi Suami Curang Jika Si Dia Buat 7 Perkara Ini Di Handphone 1

Di Malaysia, potensi suami curang meskipun masih sayang dan cinta kepada pasangan masing-masing adalah sangat tinggi. Ini adalah kerana sikap ingin berseronok dan kurang kesedaran soal tanggungjawap sebagai pasangan yang telah berumahtangga.

Mungkin juga kerana sikap lelaki yang pantang di cabar oleh kawan-kawan ataupun sengaja nak try market diri sendiri masih laku atau tidak.

Ada satu kajian yang telah dijalankan oleh Yahoo bersama dengan Ashley Madison bagi mengetahui apa yang difikirkan oleh mereka yang sudah berkahwin dan juga berlaku curang.

Kajian tersebut menemuramah 1,300 orang lelaki dan wanita. Yang mengejutkan, mereka mendapati hampir 400 orang lelaki mengaku yang mereka pernah berlaku curang kepada isteri mereka!

27% daripada lelaki yang berlaku curang mengatakan mereka tidak gembira dalam rumah tangga. Jadi, mereka memilih untuk menjalinkan hubungan sulit. Dengan siapa? Dengan sahabat rapat mereka!

Hanya 23% lelaki saja mengaku yang mereka akan berlaku curang dengan wanita asing yang baru saja dikenali.

Didalam zaman teknologi internet yang semakin canggih ini kadang-kadang kita tak sedar pun yang sebenarnya pasangan kita sedang menaruh hati kepada orang lain melalui akaun media sosial mereka kan. Tanpa disangka hubungan percintaan anda juga semakin hari semakin terdedah dengan kecurangan.

Pernah tak anda periksa telefon bimbit pasangan? Sejauh manakah keyakinan anda yang pasangan anda benar-benar seorang yang jujur, setia dan tidak akan curang dengan anda. Jom periksa tanda-tanda dibawah adakah pasangan anda curang di handphone;

7 TANDA SUAMI CURANG MELALUI PENGGUNAAN HANDPHONE

1. Online Setiap Waktu

Tanda-tanda paling ketara jika pasangan anda curang adalah apabila mereka sentiasa sibuk berbalas chat, komen ataupun berinstagram dengan handphone ditangan sehingga lupa untuk makan dan minum. Tak kisah dimana pun dia berada, segala jenis akaun media sosialnya sentiasa aktif dan ‘online’. Mesti ada sedikit timbulkan tanda tanya kan apa yang menyebabkan pasangan anda kemaruk sangat online semua akaunnya. Segeralah selidik sebelum terlambat.tanda suami curang, suami curang, ciri-ciri suami curang, suami skandal, pasangan ada skandal

2. Perbualan Ketara Dengan Satu Orang

Jika pasangan anda sering mengirim dan membalas chat dengan satu wanita, tak ada salahnya jika anda menaruh sedikit perasaan curiga berkemungkinan yang suami curang. Tetapi sebelum ingin membuat tuduhan, siasat dan selidik dahulu dengan siapa dia selalu berhubung itu

3. Selalu Sembunyikan Gadget / Handphone

Tanda awal pasangan anda sedang berlaku curang adalah apabila dia sering menyorokkan handphone nya. Mungkin ada seuatu yang cuba disembunyikan dari anda seperti text di whatsapp, telegram, Line, WeChat atau akuan-akaun sosial media yang lain.

4. Perubahan Sikap

Jika sebelum ini si dia tak kisah untuk bermesra-mesra dengan anda di media sosialnya, tetapi kini sudah tidak lagi.., mungkin itu juga adalah satu petanda bahawa suami curang. Mungkin dia sedang menjaga hati seseorang disitu.

5. Sembunyikan Password Semua Akaun Media Sosialnya

Walaupun semua hubungan itu perlukan sedikit privasi, tetapi anda perlu berwaspada jika pasangan sedang cuba merahsiakan semua password akaun media sosialnya. Tambahan pula password untuk akses ke handphone nya juga dirahsiakan. Pasti ada sesuatu yang dia sedang cuba disorokkan dari anda.

BACA JUGA: Elak 7 Perkara Ini Yang Boleh Meruntuhkan Rumahtangga

6. Padam History Chat

Apabila pasangan anda telah selesai chatting, cuba perhatikan jika dia terus padam semua history atau message yang ada di handphone nya. Jika ada maka segeralah bertindak untuk selidik segala akaun sosial medianya.

7. Panggilan Sayang

Satu lagi tanda yang paling ketara suami curang adalah dengan adanya panggilan-panggilan tertentu terhadap seseorang. Panggilan mesra yang pasangan tidak ucapkan pada anda seperti I-U, Saya-Awak, ataupun panggilan-panggilan manja yang lain.

Tanda-tanda berikut adalah sebahagian daripada kajian yang telah dilakukan oleh seorang pakar psikologi Klinik Dewasa iaitu Wulan Ayu Ramadhani, M. Psi. Rumah tangga yang harmoni wujud jika saling sayang menyayangi dan percaya antara satu sama lain.

Namun janganlah sesekali kepercayaan yang telah diberikan itu disalah guna, kerana ia akan merosakkan hubungan suami isteri sekaligus akan melibatkan emosi anak-anak anda terganggu.

Suami curang untuk mengisi kekosongan emosi

Suami curang mencari seseorang untuk mengisi kekosongan yang dirasakan tiada di dalam perkahwinan mereka. Jadi ibu sekalian, amatlah penting untuk kita memastikan kita, serta suami, gembira dalam rumah tangga kita.

Salah seorang antara kita amat mudah untuk terfikir mengadakan hubungan sulit di luar jika mereka rasa terabai atau terasing.

Mungkin pada kita, segalanya lengkap dan sempurna. Namun, perkara yang sebaliknya dirasakan oleh pasangan.

Sebab itulah, komunikasi amat penting dalam rumah tangga. Apa yang kurang dan apa yang tidak cukup; semua itu perlu diberitahu, dikongsi, dan diperbaiki.

Ya, ia bukanlah salah si isteri semata-mata

Tapi, masih amat penting untuk kedua-duanya berusaha untuk memperbaiki diri dan berusaha mengharmonikan rumah tangga supaya kedua-duanya rasa dihargai dan disayangi.

Jangan kerana kita terleka atau terlalu sibuk dengan urusan anak-anak, keperluan suami sendiri dilupa atau diabaikan dan ini dijadikan alasan untuk suami curang.

BACA JUGA: Pesanan Ustaz 6 Pantang Larang Dalam Rumah Tangga

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here