Petua Air Kurus Viral Selesaikan Masalah Badan Berangin

Masalah badan berangin bukan sahaja dialami oleh mereka yang ada masalah berat badan tetapi mereka yang kurus juga ada masalah ini. Namun majoriti yang banyak angin ini memang tidak dinafikan kaum wanita disebabkan oleh pelbagai faktor pemakanan dan juga usia. Selain dari membantu membuang angin dalam badan petua air kurus viral ini juga membantu penurunan dan pengekalan berat badan ideal. Siapa yang tak mahu berat badan maintain kan?

Dalam bebanyak resepi air kurus, inilah paling ketagih minum resepi ni. Camano la tak ketagih, makan banyak pun berat tak naik. Maintain jekk.

Tapi yang paling best, tak sampai 5 minit minum, angin berzumba keluar. Tak tau la dah bape lama angin ni duk betapa dalam badan. Senggugut pun hilang.

AIR KURUS VIRAL

Bahan-Bahan:

  • 1 liter air
  • 2 batang serai, diketuk
  • 7 biji cengkih
  • 1 batang Kayu Manis Ceylon
  • 3 hiris halia di ketuk
  • 1 biji lemon
  • Madu

Cara-cara:
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.

Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.

Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.

Kayu Manis Ceylon:

  • boost metabolisme badan
  • kurangkan kolestrol
  • Kurangkan selera makan
  • Lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
  • lancarkan period dan servis dalaman

Serai:

  • bantu penghadaman
  • buang toksin dalam badan
  • kurangkan bau badan
  • cantikkan kulit
  • kurangkan stress
  • cairkan lelemak degil
  • anti kanser
  • kurangkan kencing manis
  • kurangkan jerawat kat muka

Halia:

  • buang angin dan toksin dalam badan
  • pecahkan lemak
  • hilangkan bau badan
  • lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

Lemon:

  • cuci kerak kerak lama dalam usus
  • bakar lemak degil
  • ada vit c, bagus untuk kulit
  • anti kanser
  • mengempiskan perut

Cengkih:

  • boleh mencegah stroke, cegah darah beku
  • lancarkan pencernaan
  • cantikkan kulit
  • wangikan badan

Madu:

  • melancarkan darah
  • tambahkan tenaga
  • antioxidant
  • mencegah kanser
  • pemanis semula jadi

Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat.
Kongsikan, semoga bermanfaat…

Sumber : Aisyah Badar Bajrai‎

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 + 16 =