Jaga Bahasa Dengan Pasangan, Nampak Ringan Tapi Kesannya Besar

Baik isteri atau suami, tolonglah jaga bahasa bila berkata-kata walau anda sedang marah. Ya, ada sesetengah pasangan OK je pasangannya cakap ‘kau aku’ tetapi cara itu sebenarnya agak kurang manis kalau nak pupuk kasih sayang dalam hubungan suami isteri.

Tak nak lah keadaan sampai bertukar jadi macam situasi saudara Mohd Fhais dengar ni, nampak agak kasar bunyinya.

Tapi terpulang… cuba renungkan dulu.

Jaga BAHASA dengan pasangan jika nak menjemput rezeki.

“Ehh kau ni ! Kan aku dah cakap jangan buat macam tu.”

Telinga berdesing bila terdengar bahasa seorang suami kepada isteri di tempat periuk nasi mereka sendiri. Terus hilang selera mengunyah nasi lemak.

Situasi ini berlaku pada rabu lepas.bahasa suami isteri, jaga bahasa dengan isteri, jaga bahasa dengan suami, jaga cara bercakap dengan pasangan, cara bercakap dengan suami, cara bercakap dengan isteri

Lepas berdesing terus saya pegang tangan wife dan tanya sedap tak sayang? Masa tu dia makan bihun goreng dengan sambal goreng. Wife hanya menganguk kepala tanda sedap sementara mulut sibuk mengunyah. 10 minit selepas itu..

Selesai makan kami teruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan saya berfikir sambil memandu dengan perlahan. Apa yang terlintas di fikiran..

Kenapa panggil isteri “kau”?

Di tempat umum pun dah tunjuk tak mesra dengan isteri, macam mana dekat rumah? Apa kesan pada anak-anak yang melihat mak ayah mereka macam tu? Paling serius guna bahasa macam tu di tempat mencari rezeki? Setiap perkataan yang keluar dari mulut tu adalah satu doa.. lebih-lebih lagi jika perkataan itu keluar dari mulut seorang suami atau ibu..

Nampak ringan tapi kesan dia sangat besar.

Bayangkan kalau seorang suami bahasa diri “AKU” dan memanggil isteri “KAU”, mana kemesraan? Adakah perkahwinnan itu hanya dalam kertas sahaja?

Pasangan suami isteri patut jadi pasangan yang paling mesra dan romantik di dunia. Tak perlu tunggu 14/2 baru nak romantik. Suami isteri wajib romantik setiap hari, dapat pahala lagi. Ini kan sunnah Rasulullah. Keluarga yang bahagia ZAHIR dan BATIN adalah keluarga yang senang menjemput rezeki.

Gelaran untuk isteri yang romantik :

  1. SAYANG
  2. DARLING
  3. BABY
  4. HONEY
  5. ANJE
  6. AYANG
  7. UCUK

Wanita adalah makhluk Tuhan penuh makna! Jangan pernah sakiti wanita, kerana wanita diciptakan bukan untuk disakiti. Wanita diciptakan bukanlah dari kepala untuk dijadikan pemimpin, wanita tidak diciptakan dari kaki untuk dijadikan sebagai alas. Tapi wanita diciptakan dari tulang rusuk untuk dijadikan pendamping, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment