Duit Belanja Bulanan Pasti Cukup Kalau Amal Berbelanja Cara Begini

Duit Belanja Bulanan Pasti Cukup Kalau Amal Berbelanja Cara Begini | Begitu berat dugaan ekonomi yang melanda ramai orang pada ketika ini. Ternyata wabak COVID-19 bukan hanya memberi impak kepada aspek kesihatan malah ia turut menjejaskan sumber pendapatan ramai orang diperingkat global.

Dalam tempoh kebelakangan ini kita sudah banyak dengar berita tentang penutupan operasi pelbagai jenis syarikat dan perniagaan. Para pekerja pula diberhentikan atau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk tempoh yang lama.

Jadi buat anda yang masih punya sumber pendapatan yang stabil bersyukurlah. Walaupun begitu kita harus bijak dalam mengawal perbelanjaan. Tidak boleh lagi berbelanja ikut sedap hati seperti dulu.

BACA JUGA :: Tip Jimat Duit Belanja Harian Ketika Berdepan Cabaran Ekonomi Akibat COVID-19

Perbelanjaan dengan berhemah dan menyimpan untuk masa akan datang.

Kali ini kami ingin kongsi beberapa tip berbelanja dengan bijak agar wang bulanan sentiasa mencukupi.

Berbelanja kurang daripada pendapatan

Walaupun teorinya nampak mudah, namun ramai yang terperangkap dengan hutang akibat terlebih berbelanja. Dengan mengurangkan perbelanjaan, anda akan lihat status kewangan anda menjadi lebih baik dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kehidupan anda. Amalkan beberapa tips berikut:

  • Mulakan dengan menghapuskan/mengurangkan hutang. Apabila anda mula mengurangkan perbelanjaan, duit tersebut boleh digunakan untuk membayar segala hutang tertunggal anda.
  • Simpan, simpan, simpan. Setelah hutang anda terkawal, terus mula menyimpan pula duit tersebut. Simpanan amat diperlukan ketika kecemasan, bekalan untuk persaraan dan kegunaan anda dikemudian hari.
  • Senaraikan bil-bil bulanan anda. Cuba lihat segala bil anda dan cari apa yg boleh dikurangkan. Mana-mana servis yang tidak diperlukan, sila hentikan segera
  • Pantau setiap sen perbelanjaan anda. Gunakan buku 555 atau apps di “smartphone” untuk merekodkan setiap perbelanjaan anda. Ini penting untuk pastikan anda berbelanja kurang daripada pendapatan

belanja

Berbincang soal kewangan

Ramai yang fobia atau takut apabila bercakap soal kewangan. Walaupun sedang menghadapi masalah kewangan, masih tidak mahu meminta nasihat berkenaan kewangan atas alasan malu dan sebagainya. Akhirnya, tuan badan yang terpaksa merana seorang diri apabila nasi sudah menjadi bubur. Berbincanglah dengan jujur berkenaan kewangan dengan pasangan anda, ibu bapa, anak-anak, saudara mara atau rakan rapat anda.

Berhenti cuba untuk tarik perhatian orang lain

Adakah anda termasuk di kalangan meraka yang membeli sesuatu kerana nak “impress” orang lain? Dek kerana tidak sanggup menerima sindiran akibat kita tidak mengikut trend atau tidak diterima di kalangan rakan-rakan kita. Jangan sampai kita terperangkap dalam hutang kerana berbelanja melebihi kemampuan kita semata-mata ingin dilihat “cool” di mata orang lain.

DIY

Banyak wang yang boleh dijimatkan sekiranya kita menggunakan konsep “Do it yourself (DIY)”. Antara kerja biasa yang boleh dilakukan sendiri seperti mambasuh kereta, memasak, memotong rumput, membaiki paip dan sebagainya. Sekiranya anda lakukan sendiri, sudah tentu kosnya akan lebih murah dan anda boleh berjimat melalui cara ini.

Sentiasa memperbaiki diri

Dalam agama islam, kita diterapkan dengan konsep hari esok lebih baik daripda hari ini. Konsep “continuos improvement” ini penting untuk survival kita di kemudian hari. Laburkan sebahagian masa dan wang anda untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kesihatan serta hubungan dengan Allah dan Manusia

Sentiasa pantau perkembangan anda

“Plan, Do, Check, Act” adalah konsep yang biasa digunakan dalam organisasi korporat. Kita juga perlu merancang, melaksanankan, memantau dan mengambil tindakan dalam pengurusan kewangan kita. Sentiasa memantau perkembangan kewangan secara berterusan dengan menggunakan teknik yang lebih menyeronokkan. Antara contoh yang menarik adalah aplikasi yang memantau perkembangan senaman, larian atau pembakaran kalori dengan merekodkan setiap pencapaian anda.

Bina rangkaian networking

Antara kata-kata Robert Kiyosaki yang menarik perhatian saya ialah “The richest people in the world look for and build NETWORK. Everyone else looks for work”. Jadi, “networking” atau jaringan adalah penting dalam perjalanan kita menuju kebebasan kewangan.

Mulakan bisnes sampingan

Cuba memulakan projek bisnes secara “part-time” atau pendapatan pasif untuk menambahkan pendapatan anda. Lihat diri anda dan cari kemahiran, pengetahuan atau sumber yang anda miliki yang boleh menjana pendapatan.

Sentiasa bersedekah

Bila anda bersedekah secara ikhlas, insyaAllah pulangan lumayan menanti anda samada di dunia atau di akhirat. Pastikan anda peruntukkan minimum 5% daripada pendapatan anda untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan.

BACA JUGA :: 5 Ramalan Bill Gates Mengenai Ekonomi Pasca Covid-19 Yang Kita Perlu Beri Perhatian

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − twelve =