Dari 92Kg Kini 68Kg, Anis Kongsi Menu Turunkan 10 Kg Pertama. Sesuai Untuk Yang Baru Cuba Diet!

Dari berat 92 kg kini dah tinggal 68 kg. Turun 24 kg ya! Paling best muka pun boleh berubah bila dah kurus. Terserlah cantik orangnya. Moga kisah Anis Salwani Aziz ini jadi inspirasi buat mereka yang mahu menurunkan berat badan.

Cerita Anis dia tekad bila masalah berat badannya itu menyebabkan tumitnya sakit dan sukar untuk solat. Nak menangis kerana sakit katanya. Enggan lagi berdepan dengan situasi begitu, Anis mengambil keputusan untuk berdiet. Untuk penurunan 10kg pertama 12 tip inilah yang dilakukan.

Kini tinggal 4kg lagi untuk diturunkan, sekaligus membolehkan Anis mencapai misinya berat idealnya 64kg, sesuai dengan ketinggiannya 163 sentimeter.

Lain betul Anis bila dah langsing!cara diet yang betul, nak kurus nak raya, kurus sebelum raya, petua kurus sebelum raya, plan kurus sebelum raya, diet kurus sebelum raya

Tip turun berat cara sihat
Assalamualaikum ramai yang pm mek tanya makan apa? Ni mek share untuk yang nak turun berat cara sihat. Mek share ni utk kebaikan bersama, utk sihat sama-sama.

Ni menu mek utk lost weight 10kg pertama, utk kg seterusnya menu lain pulak. Follow menu ni dulu lah ya.

1. NO air manis

2. NO air ais

3. Minum 3 liter air sehari,at least.

4. NO makanan bergoreng

5. Minum green tea kosong tanpa gula time breakfast dan sebelum tido

6. BREAKFAST 6.30pm – 8.30am wajib
Conflakes kosong tak boleh Cococrunch, Honeystar ke tak boleh (try Kellogs Conflakes, sedap) dengan low fat milk (brand Farm Fresh bagus tapi expired cepat ,so amik Dutch Lady low fat milk pun dah ok)
ATAU
Telur 2 biji, tak kisah masak ke separuh masak ke ATAU overnight oat (rendam oat dlm susu low fat semalaman, nak makan baru tabur buah).

BACA JUGA: Dalam Masa 6 Bulan Turun 41KG, Freelance Model Share 17 Tips Langsing

7. SNACKING-10.00 am – 11am
Buah apple hijau, pisang atau apa apa buah buahan, yogurt pun bagus. Yogurt amik yg natural low fat (lagi baik greek yogurt). Snacking nie bagus untuk mengelak kita makan banyak time lunch n dinner .

8.LUNCH 12.30PM-2.00PM Wajib
Nasi segenggam (seeloknya brown rice ) + ikan [email protected] [email protected]+sayur banyak lagi bagus.. Nasik tak boleh ada kuah, kalau tak boleh mkn nasi kering bubuh la 2 sudu kuah JANGAN lebih. Lunch kalau tak mau nasi leh tukar ke roti. TAPI BUKAN ROTI PUTIH,  boleh amik roti Gardenia Canadian Purple Wheat (plastik color purple)  @ wholemeal Gardenia (plastik hijau). Tapi paling bagus purple tu sbb GI rendah, GI tu kandungan karbo.

9. DINNER 6.00PM -8.00pm
Apple hijau & sup ayam atau sayur

10. workout at least 3 kali seminggu
Apapun pemakanan tu penting. Workout saja makan tak jaga memang berat tak akan turun tapi jaga pemakanan tak workout berat mesti turun (lambat ) workout dan jaga pemakanan mesti turun (cepat).

11. Tido kena cukup

12. Tak leh stress -stresscara diet yang betul, nak kurus nak raya, kurus sebelum raya, petua kurus sebelum raya, plan kurus sebelum raya, diet kurus sebelum raya

Nota: Untuk permulaan kalau tak boleh yang atas, cuba slow-slow kurangkan portion makanan. Contoh breakfast makan nasi lemak dua bungkus, kurangkan jadi sebungkus.

Macam tu jugak dengan lunch, selalu lunch nasi tambah amik nasi biasa, next kurangkan separuh pasti baru kurangkan ke segenggam atau suku.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment