Bila Isteri Tak Cukup Tidur 5 Perkara Ini Akan Berlaku, Suami Jangan Abaikan!

Bila Isteri Tak Cukup Tidur 5 Perkara Ini Akan Berlaku, Suami Jangan Abaikan! | “Apehal ‘moody’ sangat ni… Nak kata ‘period’ pun tak jugak. Aduhai, pening betul dengan isteri aku ni. Apalah salah aku agaknya.”

Kalau isteri anda berkelakuan aneh atau ‘garang’ semacam, kemungkinan besar dia tak cukup tidur.

GANGGUAN TIDUR SERIUS BERLAKU SEJAK BAYI LAHIR

Percayalah, sejak bayi pertama anda lahir, isteri anda tidak lagi mendapat kebebasan untuk tidur sepuasnya seperti zaman bujang dahulu. Malah, ada yang telah mengalami kesukaran tidur sejak mengandung lagi.

Walaupun isteri anda duduk seharian di rumah, anda mesti akan mendengar keluhan “Mana ada masa nak tidur…” kerana menjaga bayi memerlukan perhatian yang amat khusus.

Selain itu, mereka juga perlu mengurus rumah tangga dan melakukan kerja lain yang biasanya hanya boleh dibuat dengan tenang sewaktu bayi sedang tidur.

Sebuah penemuan mendapati sejak lahirnya si kecil, ibunya akan kekurangan tidur sebanyak 1.5 jam setiap malam. Bukan itu saja, waktu tidur mereka juga terpaksa berubah dan disesuaikan dengan waktu tidur bayi.

Walaupun nampak remeh, tapi ia adalah masalah kronik melanda hampir setiap ibu di seluruh dunia apabila tak cukup tidur. Antara kesan yang dapat diperhatikan adalah:

1. EMOSI TERGANGGU

Kekurangan tidur amat berkait rapat dengan ‘mood’ atau emosi seseorang. Jadi, tak hairanlah isteri anda boleh bertukar menjadi ‘monster’ bila tak cukup tidur. Pantang ditegur, ada saja yang akan diungkit. Lebih menakutkan, wanita lepas bersalin ini turut berisiko untuk mengalami tekanan mental postpartum yang digelar sebagai ‘meroyan’.

2. KURANG ‘ALERT’

Wanita akan jadi kurang responsif, pelupa, cuai, dan ‘blur’ apabila kita bercakap dengan mereka. Ini bukanlah sesuatu yang disengajakan. Tetapi inilah kesan terhadap otak yang kekurangan tidur. Bukankah bahaya jika seseorang wanita terpaksa menjaga anak kecil dalam keadaan ini?

3. RISIKO OBESITI

Menurut penelitian daripada Harvard Medical School, kekurangan tidur mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan berat badan.

Ini kerana, kekurangan tidur akan menyebabkan stres, lalu merendahkan paras hormon leptin dan merangsang penghasilan ‘ghrelin’, iaitu sejenisperangsang selera makan.

Bukan itu saja, kekurangan tidur juga menyebabkan tubuh anda memproduksikan lebih banyak insulin selepas makan, di mana ia akan meningkatkan penyimpanan lemak dan mendedahkan kepada risiko diabetes type 2.

4. SISTEM PERTAHANAN BADAN MENJADI LEMAH

Apabila anda tidur, sistem imun anda akan menghasilkan antibodi dan sel yang berupaya melawan virus serta bakteria. Maka, salah satu kesan kekurangan tidur yang boleh diperhatikan adalah badan isteri anda akan kerap sakit dan lambat pulih.

Kesan jangka panjang akan menyebabkan penyakit yang lebih kronik seperti sakit jantung atau darah tinggi.

BACA JUGA :: Selalu Tertidur Dengan Handphone Di Kepala? Awas,Lihat Kesan Ini Kepada Otak Anda

tak cukup tidur

5. TIDAK MAHU ‘BERSAMA’ SUAMI

Sebuah kajian mendedahkan bahawa lebih 70% daripada wanita lepas bersalin mengakui bahawa kurangnya tidur menjadikan mereka tidak terangsang apabila ‘bersama’ suami.

Hal ini menjejaskan hubungan rumah tangga dan boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti kehadiran orang ketiga.

DAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI

Walau apapun alasannya, kita sebagai suami isteri seharusnya saling membantu untuk menyesuaikan diri dalam menjaga bayi dan menguruskan rumah jangan sampai tak cukup tidur dan masa untuk berehat.

Tidur berkualiti ini tidak semestinya dinilai dari segi panjangnya masa. Tetapi, cukuplah beberapa jam dalam keadaan nyenyak dan tidak terganggu dengan anak menyusu, melayan anak menangis, atau menyediakan keperluan rumah yang lain.

Risiko tak cukup tidur atau ‘sleep deprivation’ ternyata akan membawa masalah yang buruk, tak kiralah kepada wanita mahupun lelaki.

BACA JUGA:: Kenali Tabiat Buruk Ibubapa Yang Patut Dihentikan!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 + 13 =