Berkumur Dengan Air Garam Jadi Penawar Sakit Tekak

Dalam cuaca yang tidak menentu ini pasti ramai diantara kita cepat mendapat penyakit kan. Antaranya demam, batuk selesema dan sakit tekak. Memang sangat tidak selesa bila sakit tekak ni rasanya seperti ada bara api dalam mulut.

Selaunya punca terjadinya sakit tekak ni berbeza-beza, tetapi kebiasaannya adalah disebabkan jangkitan kuman. Kadang-kadang tu rasa fed-up bila dah makan macam-macam ubat tapi masih tak sembuh juga.

Nak tau tak selain ubat-ubat doktor terdapat juga beberapa petua tradisional untuk melegakan rasa sakit tekak.

ubat batuk, petua hilangkan batuk, batuk berterusan, cara hilangkan batuk, cara hilangkan gatal tekak

1. Air Garam

Ambil segelas air suam dan masukkan satu sudu garam kemudian kacaukan sehingga larut. Kumur air garam tersebut 15 saat sebanyak tiga kali sehari. InshaAllah sakit tekak anda akan beransur-ansur lega.

Air garam ini akan membantu meredakan bengkak dan bantu keluarkan kahak.

ubat batuk, petua hilangkan batuk, batuk berterusan, cara hilangkan batuk, cara hilangkan gatal tekak

2. Bawang Putih

Ambil dua ulas bawang putih dan masukkan kedalam mulut (bahagian tepi pipi) ataupun seperti anda hisap gula-gula. Sesekali tu gigit lah bawang putih untuk mengeluarkan allicinnya. Anda boleh lakukannya setiap hari sehingga sakit tekak sembuh.

3. Madu

Amalkan minum air suam atau teh yang dicampurkan dengan satu sudu madu setiap hari sehingga hilang rasa sakit tekak. Madu mempunyai sifat anti-bakteria, antivirus dan anti kulat yang akan bertindak untuk melawan kuman yang menyebabkan sakit tekak.

Sebenarnya ada banyak lagi petua yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak ni. Tetapi jika masih tiada perubahan sebaiknya anda rujuk dengan doktor supaya boleh mendapat rawatan dengan lebih lanjut. Selamat mencuba!

BACA JUGA: Risau Batuk Sebab Makan Buah Rambutan, Ini Cara Terbaik Elakkannya!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment