5 Cara Bersihkan Bunga Plastik Yang Amat Mudah Dan Tak Perlu Modal - Petua Ibu

5 Cara Bersihkan Bunga Plastik Yang Amat Mudah Dan Tak Perlu Modal

Jambangan bunga artificial atau bunga plastik yang ada di rumah harus dibersihkan untuk mengelak lebih banyak habuk yang terperangkap. Jika tidak dilakukan segera, habuk yang melekat akan sukar dicuci dan akan menjadikan bunga artificial anda kusam.

Bagaimanakah cara mencuci atau membersihkan bunga plastik ni? Anda boleh gunakan 5 cara ini untuk pembersihan bunga plastik anda;

5 Cara Bersihkan Bunga Plastik Tanpa Kos Yang Mahal

Garam dan brown bag/plastik beg

1) Tuangkan satu cawan garam ke dalam brown bag/plastik beg. Dan masukkan jambangan bunga ke dalam beg itu (pastikan kelopak bunga yang masuk dan bahagian batang keluar)

2) Pegang brown bag/plastik beg dan pastikan ia benar-benar kedap udara. (untuk lebih rapat, genggam erat pada batang bunga). Setelah itu goncangkan brown bag/plastik beg itu tadi

3) Anda mendapati gubahan bunga kembali bersih,segar dan berseri.bunga plastik

BACA JUGA:: Ketahui 8 Punca Orkid Tidak Berbunga Dan Cara Untuk Mengatasinya

Semburan dari cuka

  1. Sediakan botol semburan, 1 mangkuk kecil cuka putih dan 1 mangkuk kecil air
  2. Isikan botol semburan dengan kedua –dua bahan di atas
  3. Semburkan pada bunga artificial
  4. Untuk keringkan, hamparkan tuala dan susun bunga yang telah disembur tadi di atas kain tuala tersebut.

Sabun pencuci pinggan

  1. Sediakan sabun pencuci pinggan , air dan bekas
  2. Campurkan air dan beberapa titik sabun pencuci pinggan ke dalam bekas
  3. Ambilkan beberapa kuntum bunga artificial dan dicuci satu persatu.
  4. Hamparkan tuala dan biarkan ia kering dengan sendirinya.

Pelembut fabrik

  1. Penuhkan bekas dengan air suam dan campurkan dengan 3 penutup pelembut fabrik
  2. Pegang bahagian batang bunga artificial dan lakukan gerakan upside down
  3. Hamparkan tuala dan biarkan bunga yang telah dibersihkan kering di atas kain tersebut
  4. Tip ini berkesan mengembalikan warna bunga artificial tersebut.

Pengering rambut

  1. Halakan pengering rambut kearah bunga plastik lebih kurang 15 sentimeter.
  2. Anda akan mendapati sawang/debu-debu hilang dengan pantas.

BACA JUGA :: Inilah 6 Tip Mudah Hasilkan Bunga Ros Lebat Kembang Setaman

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.