Bersihkan Jubin Berlumut Dengan Cara Pantas

Kita perlu mandi untuk mencuci badan kita dari kekotoran dan peluh sepanjang bekerja. Mandi membersihkan diri tapi dalam masa yang sama membuatkan bilik air kita cepat kotor kerana berkumpulnya segala bakteria di dalam bilik air. Kawasan paling mudah kelihatan kotor dan comot ialah jubin bilik air.

Bukan senang nak bersihkan jubin yang sudah lama terbiar tak dicuci disebabkan kesibukan kerja rumah yang lain, jadi anda patut cuci sebelum rumah nampak teruk dan kotor. Tetapi apakah pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran sekelip mata?

Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia, jadi tak pelik kalau ada sesetengah orang yang alah dan menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Ya, itulah tanda kulit anda sensitif!

Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?

Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:

Bahan-bahan:

  • 7 cawan air
  • 1/2 cawan soda
  • 1/3 cawan jus lemon
  • 1/4 cawan cuka

Caranya:

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
  • 2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.

Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.

Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:

  • Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
  • Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
  • Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
  • Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
  • Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Panduan Menghias Bilik Mandi:

  • Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
  • Pasang cermin muka di dinding bilik air.
  • Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
  • Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.

Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:

  • Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
  • Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
  • Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
  • Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.

Selamat Mencuba!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment