Bahaya Teh Hijau Jika Diambil Berlebihan

Semua orang tahu, bahawa teh merupakan minuman yang sihat terutama teh hijau serta sebahagian jenis teh yang lain, di mana khasiatnya dipercayai boleh mengelak pelbagai macam penyakit, malah penyakit bahaya sekalipun seperti kanser.

Kandungan antioksidan di dalam teh, boleh dibuktikan oleh ramai saintis dan ia dikatakan boleh melawan sebahagian sel kanser, serta meningkatkan ketahanan tubuh. Terutama apabila teh dipadukan dengan madu, jadi khasiatnya akan makin bertambah.

Tidak dapat dinafikan bahawa teh ini juga memiliki kemampuan yang luar biasa untuk membantu menurunkan berat badan. Bukan itu sahaja, teh hijau pun boleh membantu untuk menghilangkan stress serta menenangkan diri.

Namun, dibalik 1001 keajaiban teh hijau yang sangat baik untuk tubuh badan, minuman ini juga memiliki efek buruk jika diminum terlalu banyak. Ya, mengambil sesuatu secara berlebihan memang tidak baik. Teh hijau misalnya. Minuman khas Jepun ini sebenarnya sangat berbahaya untuk ginjal dan wanita hamil.

Tetapi anda selalu perlu waspada, kerana teh juga mempunyai sifat negatifnya, terutama apabila diambil terlalu banyak. Bahaya pengambilan teh ini memanglah tidak kelihatan dalam masa yang singkat, tetapi perlu masa yang lama.

Keadaan ini dihadapi oleh seseorang wanita yang berumur 47 tahun. Yang bermula sejak umur 20 tahun. ‘Ketagihan’ minum teh. Tidak pernah seharipun ia terlepas tanpa meminum teh, jadi kebiasaannya itu jadi membahayakan tubuhnya, terlebih tulang-tulangnya.

Selama 17 tahun, wanita yang berasal dari Michigan yang tidak disebutkan namanya, pada mulanya mengeluh pada doktor, kerana tulang-tulang di bahagian punggung, lengan, pinggul serta kakinya kesakitan selama lima tahun.

Dan selepas memperoleh imbasan X-ray, ternyata wanita itu mengalami fluorosis tulang, penyakit yang disebabkan terlalu banyak mengambil flouride. Tahap flouride dalam tubuhnya empat kali lebih besar dari normal.

Flourosis tulang biasanya banyak didapati di India serta China, berpunca daripada banyak sangat mengambil teh. Namun di Eropah serta Amerika sangat jarang berlaku.

Fluoride biasanya mampu dikeluarkan secara semulajadi oleh badan melalui buah pinggang. Tetapi apabila terlalu berlebihan, jadi bakal membantuk mendakan kristal di tulang.

Diambil dari Foods Standard Agency, tahap maksima pengambilan kafein adalah 300mg dalam satu hari, iaitu setara dengan 3 cawan kopi atau 6 gelas teh. Penelitian yang dilakukan American Journal of Obstetrics and Gynecology pun menyatakan bahawa mengambil 200 mg kafein dalam satu hari boleh meningkatkan risiko keguguran hingga 15%. Teh hijau sendiri memiliki kandungan kafein sebanyak 32 mg.

Selain mampu mengganggu kehamilan, teh hijau juga menimbulkan masalah pada ginjal. Kerana itu, elakkan pengambilan teh hijau bersama dengan ubat doktor atau ketika berada dalam pengawasan perubatan. Sebab, tindak balas teh hijau sangat berbeza dengan ubat-ubat doktor. Bukannya menghilangkan penyakit, malah mampu mendatangkan penyakit!

Apa yang dapat kita pelajari dari situasi ini, usahakan untuk mengimbangi antara pengambilan air teh serta air putih, kerana meminum teh secara berlebihan sangatlah tak baik. Jikalau anda memanglah suka dengan teh, sebaiknya diminum maksimum 2 kali sehari.

Kredit: Cara Minum Teh Hijau

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment