Tubuh Badan Yang Sihat Pun Boleh Dijangkiti, Jangan Degil Buat Aktiviti Luar Sembunyi-Sembunyi!

Tubuh Badan Yang Sihat Pun Boleh Dijangkiti, Jangan Degil Buat Aktiviti Luar Sembunyi-Sembunyi! | Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 18 hinga 31 Mac ini bermaksud larangan untuk melakukan sebarang aktiviti luar melibatkan semua individu yang ada di dalam negara ini bagi mengelakkan wabak COVID-19 terus menular.

Malangnya masih ada individu atau kumpulan yang tidak mengambil endah ataupun sengaja melanggar arahan tersebut dengan bermain bola sepak serta melakukan aktiviti riadah di tempat awam pada hari pertama arahan tersebut dikeluarkan.

Malah di ibu negara pada waktu malam masih ada yang masih ingkar dengan dengan berkumpul untuk melepak dan berkunjung ke tempat-tempat awam sehingga pihak berkuasa terpaksa mengerah keringat menghalau mereka pulang ke rumah masing-masing.

dijangkiti

Merasa Sihat Belum Tentu Anda Tidak Dijangkiti

Mungkin golongan ‘kepala batu’ ini merasakan keadaan diri mereka masih ‘sihat’ dan belum ada sebarang tanda-tanda dijangkiti wabak. Adakah mereka tidak tahu di Eropah ketika ini pemain bola sepak ternama di liga-liga utama juga sudah disahkan positif dan sedang menjalani rawatan?

Di negara kita sendiri semua pasukan yang beraksi di dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) juga sudah diingatkan supaya tidak mengadakan sebarang sesi latihan mahupun aksi persahabatan.

Oleh itu, pemain-pemain bola sepak tempatan telah mengambil inisiatif dengan membuat latihan dan senaman di rumah masing-masing bagi memastikan tahap kecergasan mereka dapat dikekalkan.

Kementerian Belia dan Sukan juga telah memberi peringatan, apa sahaja aktiviti sukan di tempat awam seperti bermain bola sepak, futsal, badminton dan sebagainya adalah dilarang sehingga tempoh ‘berkurung’ selama dua minggu ini berakhir.

Kementerian Kesihatan juga telah menjelaskan kesalahan melanggar perintah berkenaan boleh disabitkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Memang ada manusia yang sikapnya begitu. Jangan sudah terhantuk baru baru terngadah. Jangan bila dah dijangkiti baru nak menyesal.

Jadi apa lagi alasan kita untuk tidak mematuri arahan kerajaan? Jangan sampai ada yang didakwa dan dipenjarakan kerana ‘bersukan’.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × 3 =