Windbreaker Bantu Pecahkan Lemak? Fakta Atau Sekadar Mitos Je.

Windbreaker Bantu Pecahkan Lemak? Fakta Atau Sekadar Mitos Je. | Berlari mahupun bersukan sambil mengenakan windbreaker adalah satu kemestian dan satu kepuasan buat si pemakai kerana ia dianggap boleh turunkan membantu turunkan berat badan danmembakar kalori yang banyak.

Namun adakah ia benar-benar berfungsi atau sebaliknya? Sama-sama kita baca!

Apa yang kita pakai semasa berlari ataupun bersukan adalah perkara yang penting. Ia akan memudahkan kita untuk berlari. Kerana itu lah ada jenis-jenis pakaian dan material yang diciptakan khas untuk berlari atau bersukan.

Apabila seseorang itu memakai windbreaker/ sweatshirt, suhu badan seseorang itu akan meningkat, seterusnya peredaran darah meningkat dan degupan jantung juga akan meningkat.

Windbreaker

BACA JUGA : Mana Satu Yang Lebih Banyak Bakar Kalori? Berenang Atau Berlari?

Semua tahu apabila kita berlari degupan jantung kita akan meningkat untuk hantar lebih banyak bekalan darah beroksigen ke otot-otot. Lebih degupan jantung, lebih tenaga diperlukan, lebih kalori akan dibakar.

Peningkatan degupan jantung ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan suhu badan. Hasil daripada peningkatan degupan jantung itu, tubuh akan bakar lebih kalori. Walau bagaimanapun, idea ini tidak semestinya bagus.

WINDBREAKER BANTU PECAHKAN LEMAK HANYA SEKADAR MITOS

Terdapat satu mitos jika memakai lapisan tambahan pakaian semasa berlari/ bersenam boleh membuat seseorang itu menurunkan berat badannya lebih cepat, kerana berpeluh lebih banyak.

Walaupun memakai windbreaker/ sweatshirt akan membuat seseorang itu berpeluh lebih banyak dan berpeluh lebih banyak ini secara tidak langsung membakar lebih banyak kalori melalui peningkatan kadar degupan jantung, sebenarnya sebahagian besar berat badan yang hilang melalui berpeluh adalah ‘berat air’.

Kehilangan berat badan seperti ini adalah bersifat sementara dan bukan jenis penurunan berat badan yang sihat atau berkekalan.

Namun jika matlamat untuk kurang berat badan melalui peluh berlebihan dengan memakai windbreaker/ sweatshirt; ia adalah satu mitos. Ia agak kurang sesuai dan boleh menyebabkan keletihan haba seterusnya stroke haba.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Sumber: Mohd Dziehan Mustapa

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − 19 =