Wanita Ini Kongsi Cara Pos Guna Firefly, Sebab Risau Pos Makanan Akan Mudah Rosak Dan Lambat Sampai.

Wanita Ini Kongsi Cara Pos Guna Firefly, Sebab Risau Pos Makanan Akan Mudah Rosak Dan Lambat Sampai. | Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keperluan keluar membeli barangan menjadi terhad. Maka, orang ramai mengambil inisiatif menggunakan perkhidmatan kurier untuk mengepos atau dipos barangan mereka.

Walau bagaimanapun, sering kita dengar pelbagai aduan dan rungutan mengenai perkhidmatan beberapa kurier yang tidak memuaskan hati seperti barang yang diterima rosak, busuk dan pecah selain penghantaran memakan masa sehingga berminggu-minggu.

Seorang pengguna Facebook, Anis Hafiza yang juga penulis buku ‘Gaji RM2500 Boleh Beli 6 Rumah’ berkongsi cara pos barangan seperti makanan menggunakan kapal terbang Firefly dan paling menggembirakan apabila barangan tersebut sampai pada hari yang sama.

Menurut Anis, beliau mahu mengepos biskut raya ke kampung dan sudah mencuba beberapa perkhidmatan kurier yang tersedia di negara ini tetapi hampa apabila barangannya itu berkemungkinan sampai selepas raya.

Justeru, beliau terus memilih perkhidmatan Firefly Express. Kata Anis, barangan yang dipos menggunakan kapal terbang itu termasuk barangan kering, dokumen dan makanan – peru dibungkus dengan cara yang betul supaya tidak mudah tumpah atau rosak.

Cara menggunakan perkhidmatan Firefly Express amat mudah.

firefly

Katanya, barang yang dipos selamat sampai pada petangnya dan masih dalam keadaan baik.

Difahamkan, perkhidmatan penghantaran Firefly Express hanya meliputi kawasan Semenanjung sahaja. Jadi untuk ana yang mahu mengepos barangan besar dan cepat sampai, bolehlah menggunakan perkhidmatan Firefly Express ini, tapi ingat barang perlu ambil sendiri di lapangan terbang.

firefly firefly

Sumber: Anis Hafiza

BACA: Rakyat Digalakkan Berbelanja Bagi Merangsang Ekonomi Tempatan, Inilah Cara Rakyat Boleh Bantu!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − three =