Wajib Ambil Moratorium Untuk Setelkan Hutang Lebih Pantas dan Baki Cashflow Bulanan

Ala, kau ambil saja moratorium dari bank tu. Kalau ambil, kau tak perlu bayar komitmen dengan bank selama 6 bulan start 1 April 2020. Saya straight to the point saja ya.

Katakan total komitmen bulanan seisi rumah kau dengan bank adalah RM8,000. Jadi simple calculation, dalam masa 6 bulan kau akan ada simpanan terkumpul RM8,000 x 6 = RM48,000.

Kawan-kawan, inilah masanya kau nak acah-acah bijak kewangan dapat simpan RM8,000 setiap bulan. Kalau tak ada moratorium ni, entah-entah keajaiban ni tak kan pernah berlaku kat kau. Ha!

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”] Saya nak share cara selesaikan hutang dengan pantas dan berkesan. Lepas setel hutang ni satu persatu barulah kau boleh dapat cashflow bulanan yang lebih baik.

Sebelum mulakan teknik ni, kau kena buat dana kecemasan 3 bulan gaji. Atau paling tidak pun 1 bulan gaji. Nak selamat, 6 bulan lagilah bagus.

Contoh dana kecemasan 3 bulan gaji ni macam ni. Kau seisi rumah bergaji RM10,000. Maka kau kena sentiasa ada RM10,000 x 3 = RM30,000 sebagai dana kecemasan. Biasanya orang park dalam ASB atau Tabung Haji.

Anggaplah kau semua dah ada simpanan kecemasan ya.

Okay, ini teknik pertama.

1. Snowball

Kau fokus untuk buat full settlement bagi hutang yang paling kecil amaunnya. Pada masa yang sama, kau tetap kena bayar komitmen bulanan hutang-hutang yang lain.

Tapi, since sekarang ada moratorium, kau tak perlulah bayar baki hutang-hutang lain tu 6 bulan.

Susunan dia macam ni:

  1. Pembiayaan peribadi 1 RM10K
  2. Pembiayaan peribadi 2 RM15K
  3. Pembiayaan peribadi 3 RM20K
  4. Pembiayaan kereta 1 RM80K
  5. Pembiayaan kereta 2 RM120K
  6. Pembiayaan rumah RM500K

Jadi, kau kena ada sejumlah duit yang cukup untuk buat full settlement hutang pertama tu. Yang tu yang paling mencabar.

Moratorium

Tapi sekarang dah tak mencabar sangat pun. Sebab kau ada moratorium. Kan dah kira awal-awal tadi. Selepas 6 bulan, kau akan ada RM48,000.

Jadi, kau boleh gunakan RM45,000 untuk setelkan hutang 1, 2, 3 tu. Ada baki lagi RM3,000. Bolehlah kau tambah dalam simpanan kecemasan kau.

Lepas kau dah setelkan hutang 1, 2, 3 tu, kau akan ada lebihan duit (cashflow) setiap bulan, anggaran RM1,500.

Nampak kan. Kau akan lega sebab 3 hutang kau dah setel. Lepas tu tiba-tiba kau ada duit lebihan RM1,500 setiap bulan. Inipun kalau kau ambil Moratorium tu..

Maka simpan lebihan tu setiap bulan sampai cukup untuk bayar hutang 4 dan 5 tu pula.

Dengan cara memahami kelebihan moratorium, hutang kau akan selesai satu per satu, sampailah semua hutang kau setel.

Kalau rasa lambat nak tunggu sampai cukup, mungkin makan masa bertahun, maka kau buatlah side income kaw-kaw dan simpan duit banyak-banyak.

Okay, ini pula cara kedua.

2. Debt Stacking

Kau kena susun semua hutang dan komitmen kau ikut kadar keuntungan bank atau faedah. Jadi, kau kena selesaikan hutang dengan kadar keuntungan bank yang tertinggi.

Susunan dia macam ni:

  1. Kad kredit 18%
  2. Pembiayaan peribadi 13%
  3. Pembiayaan kereta 5%
  4. Pembiayaan rumah 4.5%
  5. PTPTN 1.5%

Jadi, dalam situasi ni semasa diberikan moratorium kau kena selesaikan dululah hutang kad kredit kau tu. Pada masa yang sama, tetap kena bayar bulanan hutang-hutang lain.

Dengan cara ni, kau akan dapat kurangkan keuntungan yang kau kena bayar kepada bank. Tapi kalau hutang kad kredit tu besar gila, maka lambatlah kau dapat selesaikan hutang pertama kau (kad kredit).

Maka, lambat jugalah kau akan dapat cashflow untuk kau mula selesaikan hutang kedua pula.

Nak pilih teknik yang mana?

Kalau saya, saya lebih suka teknik snowball tu. Sebab lebih mudah dan cepat untuk selesaikan hutang pertama yang amaun kecil. Jadi, bila dah setel hutang pertama automatik saya akan ada lebihan cashflow setiap bulan.

Saya akan gunakan cashflow baru saya tu untuk bayar hutang kedua hingga selesai. Sambung pula dengan hutang ketiga sampai semuanya selesai.

Kau tengoklah sendiri macam mana kau punya tahap kewangan. Sesuai yang mana, kemudian proceed.

Tapi tak semestinya kau kena selesaikan semua hutang tu segera. Contoh untuk pembiayaan rumah pelaburan, tak perlu buat full settlement pun tak apa. Biarlah bayar sampai 35 tahun pun, sebab penyewa yang bayarkan. Ha!

Oh ya! Dalam fasa nak snowball atau debt stacking tu, kau janganlah tambah hutang baru ya. Kalau tak, tak setel setellah hutang sedia ada kau tu sampai akhir hayat. Sedih!

Sumber: harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.
TAG kawan yang blur-blur lagi tu.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × one =