UPSR & PT3 Batal Tahun Ni. Ibu Bapa Gusar Bagaimana Anak Nak Masuk Ke Sekolah Terpilih? Cikgu Ni Jelaskan.

UPSR & PT3 Batal Tahun Ni. Ibu Bapa Gusar Bagaimana Anak Nak Masuk Ke Sekolah Terpilih? Cikgu Ni Jelaskan. | Kegusaran di hati ibu ayah bila melihat anak-anak tidak dapat pergi ke sekolah sepanjang tempoh PKP ini bertambah-tambah bila memikirkan anak akan menduduki peperiksaan besar tahun ini tidak lama lagi.

Pun begitu, pada 15 April yang lepas dengan adanya pengumuman daripada Menteri Kanan Pendidikan semalam di kaca TV, berkenaan UPSR dan PT3 dibatalkan, menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang setuju dan lega malah tidak kurang juga sebilangannya mempertikaikan.

Lantas ibu ayah mengajukan pelbagai persoalan kepada guru-guru. Dan hal ini turut dialami oleh seorang guru ini di akaun fbnya, bila mana dihujani pelbagai persoalan berkenaan bagaimana pengambilan anak-anak ke sekolah MRSM dan SBP.

Pt3 Batal[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Ikuti perkongsian penuh daripadanya, semoga memberi info kepada semua ibu bapa sekelian.Sidang media Menteri Kanan Pendidikan sebentar tadi (p15 April 2020) mengumumkan Peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan untuk tahun ini.

Terus ada yang pm aku bagaimana nak nilai murid masuk SBP dan MRSM jika UPSR dan PT3 batal. Kawan-kawan. Banyak kali dah aku tulis sebelum ini, pengambilan ke SBP dan MRSM kini bukan seperti zaman kita dulu kala. Ia tak bergantung pada result UPSR lagi.

Bermula 2017, pengambilan pelajar SBP dan MRSM perlu melalui Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).

Sebab itu ada pelajar yang dapat 3A pun diterima masuk SBP. Kerana markah UKSBP mereka tinggi selain penglibatan mereka yang aktif dalam bidang lain di sekolah.

Pendidikan di Malaysia kini bukan lagi bertumpu pada akademik semata-mata. Kita tidak lagi menilai murid hanya atas kertas, bahkan mengambil kira kebolehan anak-anak kita yang lain.

BACA: Prof Ni Tunjuk Sijil Peperiksaan Masa Zaman Sekolah. Walau Tak Semua A, Namun Boleh Berjaya!

Sebab itu bila KPM umumkan UPSR, PT3 Batal dan dimansuhkan akibat Pandemik COVID-19 ini, tak perlu gusar soal ke SBP dan MRSM. Ada cara yang dah lama pun KPM aplikasikan sebelum ini.

Untuk ke sekolah harian biasa, ia tidak menjadi masalah besar.

Alhamdulillah. Banyak sangat cadangan dari post yang aku tulis tempoh hari diterima pakai oleh KPM. Ia cadangan bersama kita semua. Dan kerajaan meneliti setiap satu cadangan dan memperhalusinya.

Kita dalam wabak. Kita dalam perang. Kerajaan sehabis baik membuat keputusan demi keselamatan anak-anak kita. Maka usahlah disindir sinis dan mempertikaikan pula bila peperiksaan UPSR dan PT3 batal.

Tanpa nyawa, nak belajar macam mana? Jadi utamakan nyawa. Sekian.

sumber : Mohd Fadli Salleh [/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eighteen + four =