Perhatian Kaki Pancing, Ini 5 Jenis Umpan Tiruan atau Gewang Untuk Pikat Ikan Toman

Umpan tiruan atau juga dikenali sebagai gewang merupakan sesuatu yang dilekatkan pada kail (dibubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk menangkap ikan.

Gewang yang digunakan berbeza mengikut jenis ikan yang dipancing. Seperti manusia, haiwan juga mempunyai selera yang berbeza-beza.

Ikan toman atau nama saintifiknya Channa Micropeltes merupakan sejenis ikan air tawar yang terdapat di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Ia boleh dimakan tetapi rasa tidak sesedap ikan-ikan lain. Sesetengah kaum Cina gemar menggoreng ikan ini bersalut tepung. Dalam pada itu, ia juga dikatakan boleh menggigit manusia yang disangkakan makanannya.

Kru Randuk kali ini telah mengenal pasti lima jenis gewang yang diperlukan untuk memancing ikan toman. Berikut merupakan senarainya:

5 Jenis Umpan Tiruan Untuk Pikat Ikan Toman

1) Gewang permukaan

Terdapat beberapa jenis gewang permukaan seperti ‘pencil’ dan ‘popper’. Ikan toman mengemari gewang ini kerana tertarik dengan percikan air dan aksi gewang yang seolah-olah bagaikan ikan yang cedera.

Gewang permukaan sering digunakan oleh para pemancing kerana penggayaan umpan tersebut senang dikawal. Pemancing juga akan rasa puas apabila melihat ikan toman menyambar gewang tersebut.

umpan tiruan

2) Gewang selaman dalam

Setiap pemancing perlu ada gewang ini kerana perlu digunakan jika ikan toman tidak menunjukkan minat untuk menyambar di permukaan air.

Biasanya, pemancing akan tunggu ikan toman timbul lalu membaling gewang ini tepat pada permukaan di mana ikan akan timbul.

umpan tiruan

3) Gewang Jump Frog

Gewang Jump Frog atau JF semakin luas penggunaannya oleh kaki-kaki pancing di Malaysia kerana sifatnya yang sesuai untuk dibaling di kawasan yang banyak reba dan semak tanpa perlu takut tersangkut.

Ia merupakan gewang atau umpan tiruan permukaan yang menyerupai seekor katak yang sangat disukai oleh ikan toman.

 

4) Gewang Buzz bait

Buzz bait kebiasaannya digunakan untuk memanggil ikan toman di tempat yang dalam atau tersembunyi di sekitar semak.

Gewang ini sangat praktikal kerana bunyinya yang amat bising menarik toman untuk menyambar. Terdapat satu lagi umpan tiruan yang sama bentuknya dengan buzz bait, iaitu spinner bait.

 

5) Gewang Soft plastic

Gewang yang versatile dan mudah digunakan bergantung kepada jenis dan jenama ‘soft plastic’ yang pemancing gunakan.

Ada umpan tiruan yang menyerupai katak, anak ikan, cacing dan macam-macam lagi.

Dengan kaedah rigging yang pelbagai, ‘soft plastic’ juga merupakan antara gewang yang pemancing perlukan.

 

Dalam dunia casting, pemilihan warna gewang adalah sesuatu topik yang sentiasa menjadi kontroversi. Ia bergantung kepada banyak perkara dan faktor.

Selalunya, tahap kejernihan air, cuaca dan warna gewang memainkan peranan besar dalam kejayaan sesuatu sesi casting.

Di dalam air yang jernih, kebanyakan ikan bergantung kepada penglihatan visual. Maka memilih gewang yang menyerupai ikan mangsaan adalah langkah paling terbaik.

Sebaliknya, bila air keruh dan berlumpur, ikan akan bergantung kepada garisan lateral untuk mengesan mangsa. Tumpuan deria mereka akan tertumpu kepada bayang dan getaran.

Ia nampak seperti satu konsep yang mudah kepada kebanyakan pemancing, tetapi kita harus tahu bahawa terdapat beribu-ribu jenis gewang di luar sana. Kita akan mudah “lemas” dalam memilih gewang terbaik untuk kejernihan air yang berbeza.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen + ten =