Wanita Ini Ubah Suai Rumah Flat Dengan Kos RM1300 Termasuk Perabot! Ini Caranya

Wanita Ini Ubah Suai Rumah Flat Dengan Kos RM1300 Termasuk Perabot! Ini Caranya | Memiliki rumah idaman yang bersih, kemas dan cantik merupakan salah satu terapi bagi seseorang. Setelah seharian penat bekerja, rumah adalah tempat terbaik untuk seseorang melepaskan lelah.

Seperti perkongsian Siti Mariam Kamsan ini, dia mengubah suai rumah flat kepada simple modern style. Kos keseluruhan untuk pengubahsuaian ini hanya RM1300 termasuk perabot. Murah dan berbaloi!

Rumah Flat Sebelum Ubah Suai

rumah flat rumah flat

Yang ni buat aku tak boleh tidur malam dapat gambar ni. Seorang pengemas tahu apa perasaan susah hati tengok rumah seperti ini.

Selepas

rumah flat

Sofa ni beli dari Lazada. Kedai berlainan ya. Lampu beli dari shopee.

  • Sofa bed- RM 199 – Lazada
  • Bench stool- RM 84- Lazada
  • Frame – RM 70- Next World Deco
  • Bantal cloud – RM 25 beli dari sis Nur Hidayah MY

Tempat favourite sebab suka makan! Haha. Karpet tu bawak dari rumah lama.

  • Lampu nordic- RM 74 – Lazada
  • Frame – RM 70 – Next Wall Deco II
  • Meja makan kerusi- Tuan rumah punya
  • Tikar getah – RM 115 -shoppe
  • Stool untuk pokok pisang- RM 35 -Shoppe

Yes inilah ruang yang dicipta. Ruang untuk anak2 buat kerja sekolah. Dan ruang untuk suami bekerja dari rumah.

  • Partition dari kedai karpet – RM 150
  • Meja – RM 50
  • Alas hitam putih – RM 4.90 – ikea
  • Kerusi – dari tuan rumah

Belakangnya kita susun barang2 keperluan dapur dan mesin basuh.

  • Rak ikea hylis- RM 59

  • Kabinet Tv – RM 165- Shoppe
  • Frame – RM 50 – Next Wall Deco II

Ok ini sangat penting di panggil DROP POINT . Tempt letak kunci . So senang tak payah risau masalah kunci hilang ke hape. Tempat dah disediakan. Sila letak dengan bahagia. Jangan lempar.

Pasu tu aku pakai botol sabun mandi dari watson je.

  • Daun monstera beli dari shoppe harga RM 2 tak silap
  • Chest drawer 4 tier – RM 174 -Lazada
  • Pasang sendiri yang chest drawer ni. Berkicap ketiak laki kita

Total kos RM1300

MAKEOVER RUMAH FLAT TO SIMPLE MODERN STYLE

Yeahhh! Akhirnya siap jugak buat kerja gila make over rumah sewa?? flat ni taww! Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni, Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata iollss. Nak duduk 24 jam ni uiii

BACA: 3 Bulan Terkandas PKP Di Kampung, Lihat Hasil Dekorasi Rumah Mak Yang Dilakukan Wanita Ini

Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke-2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini.

Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk tv kabinet, chest drawer, sofa bed, tikar getah, beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaliguss.

Perabot dibeli secara online

Masa mula-mula dapat gambar rumah flat ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nk buat ni. Hari pertama masuk rumah flat ni tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah flat nampak kemas teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni

Kebanyakan perabot beli dari Shopee & Lazada.? Diselitkan sekali details harga kedai Senang korang nk survey nanti. Semoga bermanfaat Semoga memberi sedikit inspirasi untuk kawan-kawan dekor ruang tamu masing-masing juga.

Ps : Rumah sewa pun boleh deco juga gambar last sekali wajib tengok.

True,
Siti Mariam Kamsan
Bukan pakar deco

Sumber : Siti Mariam Kamsan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × 1 =