Turun 10kg Diet Bulan Ramadhan, Wanita Ini Kongsi Tip Diet Mudah Dari Sahur Sampai Moreh

Turun 10kg Diet Bulan Ramadhan, Wanita Ini Kongsi Tip Diet Mudah Dari Sahur Sampai Moreh | Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Antara perkara yang sering dibincangkan sesama perempuan adalah baju raya. “Eh kau dah beli ke baju raya?”

Sebut sahaja mengenai baju raya, ada juga golongan yang tidak bersemangat untuk membeli baju raya kerana masih tidak kurus walaupun puasa bakal menjelma.

Seorang wanita berkongsi bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan walaupun di bulan ramadhan. Dia berkongsi tip untuk diet bulan Ramadhan dimana lebih mudah semasa kita berpuasa.

diet bulan Ramadhan

Mari kita lihat perkongsian saudari Wani Mustafa yang telah berjaya menurunkan 14kg berat badannya setakat ini.

Tip Diet Bulan Ramadhan:

Wani berjaya turunkan berat 10KG tahun lepas dan tahun ni wani nak turunkan lagi 4KG. raya nanti boleh la pakai kebaya merah size xs.

So wani nak share tip dan cara wani diet sepanjang bulan puasa ni:

SAHUR (untuk sahur kena ambil carbo utk bekalkan tenaga seharian)

  1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ni boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing2.
  2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet BROWNRICE.
  3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur.
  4. Biasanya wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan mila coklat, itu je.

Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam mila coklat slym ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian wani.

Kalori dalam mila coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah

BERBUKA PUASA

  1. Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah gais kena ikut pahala lebih)
  2. Wani akan minum secawan mila coklat supaya wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang.
  3. Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ni memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk2 ni dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori.
  4. TAK MINUM AIR MANIS LANGSUNG. Sebab ini la punca berat badan susah turun.
  5. TAK AMBIL AIS LANGSUNG. Kalau nak minum sejuk2 letak la dalam peti ais.
  6. TAK MAKAN KUIH MUIH yang manis itu. Benda2 manis semua wani elakkan kecuali kurma je wani ambil.

MOREH (biasanya lepas teraweh akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan?)

  1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter
  2. Makan buah buahan. buah feveret wani adalah tembikai dan limau
  3. Minum teh detox (takda gula gaiss, apa apa jenama pun takpe)
  4. Atau boleh ratah lauk2 berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah2nya okey.

Biasanya wani memang tak makan dah lepas berbuka sebab memang kenyang. Tapi wani nak bagi tip diet bulan Ramadhan ni jugak untuk rujukan lain mana tahu lepas terawih lapar kan.

diet bulan Ramadhan

Kalau larat korang exercise 20/30 minits setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye. Okey itu je. Kalau ada apa2 soalan boleh tanya nanti wani jawab ye.

Bolehlah cuba diet bulan Ramadhan Wani jika mahu pakai baju kebaya saiz xs melaram habis dihari raya. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

13 + nineteen =