Betul Ke Selalu Pakai Topi Punca Kepala Lelaki Cepat Botak? Ini Penjelasan Pakar

Betul Ke Selalu Pakai Topi Punca Kepala Lelaki Cepat Botak? Ini Penjelasan Pakar | TOPI bukan sahaja dipakai untuk melindungi kepala daripada cuaca panas tetapi juga sebagai pelengkap gaya terutama bagi golongan lelaki.

Namun ada pula mengatakan, lelaki yang kerap memakai topi akan lebih terdedah kepada masalah botak.

Tetapi ada pula segelintir memilih memakai topi kerana memang sudah mengalami masalah kepala botal dan menggunakan topi bagi menutup kekurangan itu.

Bagi membuktikan hal ini, pengkaji dari Amerika Syarikat, James Gatherwright membuat dua penelitian berbeza yang melibatkan 92 pasangan kembar lelaki seiras dan 98 pasangan kembar wanita seiras.

BACA: Mengapa Perlu Cukur Dan Timbang Rambut Bayi Ketika Hari Ke 7? Ini Sebabnya

Menerusi kajian yang diterbitkan menerusi jurnal Plastic and Reconstructive Surgeons, mereka mengukur tempoh pemakaian topi dan kadar hormon testosteron pada lelaki dan wanita.

Testosteron diketahui adalah hormon penting dalam pertumbuhan dan perkembangan lelaki termasuk menentukan pertumbuhan rambut.

Jika tubuh kekurangan hormon itu, ia boleh menyebabkan rambut botak atau menipis seiring dengan peningkatan usia.
botakPemakaian topi dalam kalangan kaum lelaki sudah menjadi kebiasaan sebagai pelengkap gaya.

Kajian itu mendapati, semakin lama seorang lelaki memakai topi, mereka juga semakin cepat mengalami kebotakan dibahagian tengah dan tepi kepala.

Berlainan dengan wanita, kajian itu tidak dapat membuktikan topi penyebab rambut mereka botak.

Bagaimanapun, pakar kulit Pusat Perubatan Harbor-UCLA Amerika, Dr. Aman Samrao pula memberitahu tiada bukti tertentu mengatakan topi adalah penyebab kaum lelaki mengalami masalah kebotakan.

Sebaliknya kata Dr. Aman, perkara itu terjadi disebabkan pelbagai faktor dan salah satu sebab paling umum adalah berkaitan hormon dipanggil dihidrotestosteron atau DHT.

Hormon bersifat genetik ini adalah antara punca seseorang lelaki itu mengalami masalah kebotakan, namun Dr. Aman tidak menyangkal penggunaan topi pada individu yang mempunyai masalah genetik ini akan mempercepatkan proses itu.

Itu belum termasuk faktor jenis topi dan cara pemakaiannya yang turut boleh menyumbang kepada masalah itu termasuk memakai topi yang ketat dalam tempoh yang lama.

Apabila rambut dan kulit kepala tertutup dengan topi, ia akan menyukarkan kulit kepala bernafas kerana kekurangan oksigen selain menghalang haba daripada keluar.

Akibatnya kata Dr. Aman, aliran darah ke folikel rambut menjadi sukar dan melemahkan akar rambut yang pada akhirnya menyebabkan ia mati.

Bagaimanapun katanya, bagi lelaki yang tiada masalah genetik, keadaan itu boleh bersifat sementara dan rambut boleh kembali tumbuh seperti biasa jika mengelak memakai topi secara berterusan.

BACA: Nak Elak Rambut Botak Diusia Muda, Inilah 7 Makanan Yang Wajib Diambil

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty − eight =