10 Tip Ubahsuai Rumah Supaya Nilai Harga Rumah Anda Meningkat

10 Tip Ubahsuai Rumah Supaya Nilai Harga Rumah Anda Meningkat | Sedikit perkongsian TIPS NAIKKAN HARGA RUMAH anda

Kalau korang baru mula melabur dalam bidang hartanah mesti korang mengharapkan hartanah kita itu cepat disewakan atau dijual. Contoh di Penang, terlalu banyak house for rent in Penang

Persaingan yang terlalu kuat sekarang membuatkan kita risau rumah kita itu kosong tanpa penyewa terlalu lama. Sini aku cuba nak kongsikan beberapa cara atau tip untuk menaikan atau meningkatkan nilai hartanah korang dengan cara ubahsuai rumah. Selain itu juga cara menarik minat pembeli atau mendapatkan penyewa yang berpotensi.

Berikut adalah pengubahsuaian yang perlu anda lakukan :renovasi rumah, dekorasi rumah, tambah nilai rumah, nilai rumah meningkat, punca nilai rumah meningkat, ubahsuai rumah, tip ubahsuai rumah

#1. Gantikan Pintu Hadapan

Menurut sebuah kajian di Amerika Syarikat, dilaporkan bahawa penggantian pintu depan rumah boleh menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih tinggi untuk sesuatu nilai hartanah korang.

Walaupun kajian ini berdasarkan kepada rumah-rumah yang terdapat di Amerika Syarikat, tak salah aku rasa korang ikut idea ini terutama bila mana pintu rumah kita itu agak usang yer dak? Benda nampak remeh tapi sebenarnya memberi impak dan boleh menarik perhatian prospek.

#2. Cantik Dan Perkemaskan Bahagian Dapur

Perkara paling penting ketika ubahsuai rumah ialah bab kebocoran dan juga tersumbat. Kalau ada 2 benda penting ini korang wajib repair. Selain itu lampu dapur ataupun lampu dibahagian kabinet. pastikan korang tukar sebelum prospek datang lihat hartanah korang.

Kabinet dapur korang juga harus dibersihkan dahulu kerana salah satu faktor utama prospek suka lihat adalah bahagian dapur. Laburkan lebih sedikit dibahagian dapur untuk menarik minat prospek selain ia juga boleh menaikkan nilai hartanah korang

#3. Gantikan kelekapan bilik mandi

Pastikan kepala paip, rak tuala dan pemegang kertas tandas masih dalam keadaan baik. Selain itu alat pemanas air masih berfungsi? Kalau tidak sila repair dan ubahsuai rumah bahagian ni sebaik mungkin.

Adakah mentol lampu masih berfungsi? Jika tidak, tukar mentol yang baru pastikan semua mentol berfungsi . Bila mana kerosakan kecil berlaku , korang kena pastikan ia tidak melarat menjadi lebih teruk, repair awal untuk mengelakkan kos lebih tinggi .

Selain itu pastikan susunan alat dibilik air korang stategik, sebagai contoh pili air, pastikan pili air korang mudah dicapai untuk keselesaan pengguna.

#4. Tukar Langsir

Langsir adalah mandatory accessories yang wajib dijaga pada setiap rumah. Langsir memainkan peranan penting dalam sesuatu decorasi rumah atau bahasa mudah sebagai hiasan juga, kerana ia memberikan faktor ceria di dalam rumah.

Memilih langsir yang betul juga dapat menjaga sinar matahari secara terus dan mengekalkan ruang rumah kita sentiasa sejuk. Satu lagi secara praktikalnya ia untuk membantu dalam mengekalkan privasi di rumah.

Ubahsuai rumah anda dengan memastikan ada tempat gantung langsir yang sesuai jangan lah hanya gunakan paku biasa sahaja. Ketinggalan zaman sungguh!

#5. Ruang simpanan

Kalau korang ada ruang simpanan, ia boleh membantu untuk declutter your home secara tak langsung memberikan ruang rumah korang akan nampak lebih luas.renovasi rumah, dekorasi rumah, tambah nilai rumah, nilai rumah meningkat, punca nilai rumah meningkat, ubahsuai rumah, tip ubahsuai rumah

#6. Membaiki keretakan, reput dan kulat

Jika ada kesan lubang pada dinding seperti kesan tebukan, seharunya korang tampat semula. Begitu juga dengan kesat kulat, sila kikis bahagian berkulat dan cat semula supaya kelihatan baru

#7. Tukar suis elektrik

Benda paling penting untuk naikkan nilai hartanah korang ialah pastikan segala alat elektrik dirumah korang berfungsi dengan baik. Kalau sistem pendawaian rumah korang jenis lama diwajibkan tukar kepada yang baru. Selain itu ia membantu untuk membuatkan rumah korang kelihatan moden dan pencahayaan lampu yang lebih efektif

#8. Ganti Cat

Choosing the right paint, memilih warna yang betul boleh menjadikan perbezaan rumah kita yang ketara . Faktor pilihan warna nampak mudah tetapi ia sebenarnya sangat memain peranan utama untuk menarik mata seseorang.

Takda siapa yang suka melihat rumah kelihatan kusam atau hilang mood betul? jadi dengan menukar cat dengan warna yang tepat adalah jalan terbaik untuk meningkat kan sesuatu hartanah kita. Sekiranya korang tidak pasti warna untuk dipilih, korang boleh meminta nasihat dari kedai-kedai cat untuk memberikan idea warna pilihan yang tepat

BACA JUGA: Jangan Abaikan 4 Petua Ini Kalau Nak Rumah Sentiasa Bersih!

#9. Lanskap

Sila potong semak atau rumput tebal untuk memastikan rumah kita kelihatan bersih dan kemas. Korang sendiri akan terkejut bila selesai kemaskan lanskap rumah kita, ia berbeza walaupun nampak tak penting

#10. Gantikan kunci pintu dan tingkap

Jika kunci di setiap pintu atau tombol pintu dah rosak, korang wajib tukar yang baru. Boleh beli di hardware serendah RM10 sahaja., begitu juga dengan bingkai tingkap bila sudah reput sila tukar.

Jika tidak pandai buat sendiri jangan kedekut untuk amik orang upah tukarkan segala yang rosak disini tiada ubahsuai rumah yang besarpun berlaku hanya tukar barang yang rosak sahaja.

****************************
Sebenarnya bukan satu kerja yang susah untuk kita meningkatkan nilai harta kita dengan ubahsuai rumah jika korang boleh ikut saranan dari artikel ini. Jadikan prospek kita boleh merasai persekitaran rumah yang dicari bukan seperti dirumah-rumah yang lain.

Terutama rumah jenis Low Cost, pastikan ubahsuai rumah korang berbeza dengan rumah yang lain pasti prospek kita akan memilih rumah kita walaupun harga lebih tinggi dari rumah yang lain. Dalam hartanah ini ianya mudah tapi jangan amik mudah bab ubahsuai rumah. Pastikan rumah kita mempunyai BOOSTER terutama di kawasan lembah klang

BACA JUGA: Ketahui Ciri-Ciri Rumah ‘Patuh Syariah’ Sebelum Membeli Atau Menyewa Rumah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen − 6 =