Tip Mengelak Dari Terkena Masa Beli Lemang, Yang Viral Belum Tentu Sedap!

HAIHH lama tak post thread panjang2. Kali ni nak post tips nak membeli lemang. Untuk kawan2 dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai2 tepi jalan pilihan korang.

Sepanjang 15 tahun dok tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersalin minggu raya. So ada ilmu sikit2 ni tak salah kita share ramai2 kan?

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu2 untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah org, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Masa beli lemang jangan pilih lemang yg terlalu besar dan lemang yg terlalu kecil. Ambil yg sedang2, sebab yg besar x semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak.

Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yg sedang2 sewaktu beli lemang. Errr… Paham dak ni?

beli lemang

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Inikerana, nak bakar lemang ,orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah org jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik2, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau belibanyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila2. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

BACA: Ketupat Roket Viral, Resepi Warisan Nenek Moyang Ini Mudah Dianyam, 1 Syawal Boleh Hidang

5. Jangan dan jangan! Singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan2 semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai2 makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang ! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak2 santan yang mendidih dahterkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin2 sikit dan berlemak. Dappp uummhhh….

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana2 pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang,pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli2 sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak2 anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang.

Nak Beli Lemang Kena Pandai Pilih Jangan Semua Mende Nak Viral Je

Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup. Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi beli lemang tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli lemang tu memang puas makan. Benda makanan jangan berkira tuan2, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.

*Pengalaman saya menjual dan membakar lemang sejak umur 10 tahun pun rasanya tak cukup lagi ni. Setakat 100 batang sekali bakar, 35 minit je. Tapi, sejak dah berkecimpung dengan dunia perkapalan, susah sikit nak bagi komitmen meniaga lemang sekarang ni, dengan rezeki anak sulung lagi.

BACA: Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Susulan PKPB

*Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda. Benda2 macam ni boleh menjana Pendapatan time2 nak raya.

Walaupun tahun ni saya tak buka gerai Lemang Cukup Tua (boleh search kat FB) di Permatang Pauh, saya still supply buluh kepada mereka2 yang nak meniaga lemang. Boleh pm saya kalau sesiapa nak meniaga lemang. Akhir kalam, saya Harris Rosli izinkan sapa2 nak share artikel ni.

Selamat Hari raya semua!!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 − two =