Tip Memilih 4 Jenama Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan, Tersalah Beli Rosak Masakan Korang!

Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, jenama tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.

Menerusi posting di grup MAHN, saudari Wan Jamiah berkongsi tip memilih jenama tepung beras yang sesuai.

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

Panduan & Tip Memilih 4 Jenama Tepung Beras Yang Sesuai Dengan MasakanSangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempa Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dhal.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

Panduan & Tip Memilih 4 Jenama Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan

Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuihtradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

Panduan & Tip Memilih 4 Jenama Tepung Beras Yang Sesuai Dengan MasakanTepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee Ini kerana ia mampu menghasilkan produk yanglebih kental

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

Panduan & Tip Memilih 4 Jenama Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan

Sangat sesuai untuk menghasilkan rempeyek dan apam. Jika buat apam,rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup

Kredit petua & foto: Wan Jamiah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 + one =